KERANA TARI MENARI DAN MUZIK
BIASA DI MALAYSIA... |
DI MALAYSIA khususnya di bandar-bandar utama termasuk di Kelantan dan Kedah,
kelab-kelab malam dan pusat-pusat hiburan masih dibenarkan beroperasi asalkan
mendapat kebenaran sah atau berlesen.
Pun begitu, ada juga yang
menjalankan perniagaan tersebut secara tidak sah disebabkan kegelojohan pengusaha
terbabit yang sekali gus dengan sengaja mancabar kedaulatan undang-undang di
negara ini.
Malah, beberapa aktiviti sosial
termasuk majlis tari menari juga tidak mendapat larangan daripada pihak
berkuasa asalkan penganjur mematuhi peraturan atau undang-undang.
Bahkan, aktiviti-aktiviti
seperti itu juga turut ditayangkan secara tertunda mahupun secara lansung di
media-media elektronik yang mana jumlah peminat atau penontonnya juga sangat
menggalakkan.
Namun, di negara lain tidak
perlu melakukan aktiviti seperti itu, hanya dengan mengadakan majlis tari
menari dan diiringi muzik sahaja maka mereka yang terbabit akan pancong kepala
(penggal). [baca
di sini]
Saya tidak mempersoalkan
hukuman aktiviti tersebut begitu juga penanggung dosa dan pahala atas urusan
berkenaan. Kerana yang haram tetap haram. Itu adalah jelas tanpa perlu dibahas.
Soalnya apakah hukuman
penggal kepala (pancung) bagi kesalahan tersebut wajar dan sejajar dengan
tuntutan Islam? Dan, yang macam itukah yang hendak dilaksanakan di negara ini
oleh sesetengah pihak yang sedang perjuangkan negara Islam tulen sekarang?
Nampaknya ada banyak jenis
perundangan Islam. Sebagai contoh dalam kes tersebut ia dikenali sebagai
undang-undang Islam Taliban. Barangkali ada lagi jenis-jenis yang lain. Tetapi
sepatutnya kita hanya ada satu sahaja undang-undang Islam untuk digunapakai
kepada umat Islam di seluruh dunia iaitu undang-undang yang berlandaskan
Al-Quran dan As-Sunnah. Kalau senang-senang mengubahsuainya, maka itulah
jadinya!
Ada yang berpendapat
si-tukang pancung itu serta mereka yang bersubahat dengan hukuman tersebut
dibakar hidup-hidup sahaja sampai mati dengan kekuatan api kurang 100 darjah
celsius.
Anda bagaimana?
Jagindas: Semua mengaku Islam: baca quran dan hadith
yang serupa. Tetapi mengapa tidak sama?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.