Ahad, 26 Ogos 2012

LAWAK SEPANJANG LEBUH RAYA


PATUTLAH KEMALANGAN BERLAKU SETIAP KALI MENJELANG / HARI RAYA
kesesakan seperti ini amat memerlukan kesabaran dan tolak ansur.

SEMASA pulang berhari raya melalui lebuh raya utara selatan, hati saya membaca satu kesimpulan bahawa memang patutlah berlaku kemalangan jalan raya. Dan amat menyedihkan bila ia membabitkan mereka yang benar-benar mematuhi peraturan namun kecelakaan didatangkan oleh pemandu yang bersifat gelojoh, kurang akal dan tidak berperikemanusiaan.

Saya dapati sekurang-kurangnya terdapat sepuluh kesalahan yang perlu didisiplinkan oleh setiap pemandu kenderaan bermotor:

1.  pemanduan melebihi kelajuan yang ditetapkan terutama bagi kereta berjenama mahal / kereta baru
2.  memotong dari sebelah kiri atau melalui lorong kecemasan atau lorong yang dikhaskan untuk motosikal
3. masuk ke lorong kiri secara mendadak selepas membuat potongan  menyebabkan pemandu dibelakangnya terkejut dan bertindak menekan brek secara tiba-tiba
4.  motosikal yang tidak mengikut lorongnya dan menunggang secara bersaing-saing dengan kelajuan yang menakutkan
5. menjawab sms telefon bimbit sambil memandu laju atau tiba-tiba memperlahankan kenderaan
6.  memandu terlalu perlahan walaupun berada di lorong terkiri atau di lorong tengah
7.  menggunakan lampu tinggi sehingga mengganggu penglihatan pemandu bertentangan yang boleh mengakibatkan melanggar pembahagi atau railing jalan raya
8.  bas ekspres menggunakan kelajuan melebihi 120km/j  terutama pada waktu malam
9.  memotong/mengubah laluan (dari kiri ke kanan dan sebaliknya) tanpa memberikan terlebih dahulu lampu isyarat
10. memasang lampu spot dalam keadaan yang tidak sesuai

Haramjadah betul mereka ni, akai tak dak!

Jagindas:  angin satu badan.. pemandu seperti ini sebenar kerap menerima maki hamun dan sumpah seranah oleh pemandu yang 'teraniaya'. Walaupun mereka tidak mendengar, namun kepada pemandu yang sedemikian, orang tua-tua kata kalau lebih dari 40 orang mendoakan kita yang tidak baik, insyaAllah, akan kena juga akhirnya... Justeru, berubah sikaplah. Orang lain pun nak cepat juga...

1 ulasan:

  1. orang malaysia... suka tunjuk hebat tak betempat

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.