AGIHAN ZAKAT MEMERLUKAN KAJIAN SEMULA BAGI ASNAF FAKIR
DAN MISKIN
Saya terpanggil untukmengulas
sedikit terhadap pentafsiran taraf sosio-ekonomi rakyat di negara ini sebaik
sahaja saya membaca laporan akhbar di Berita Harian semalam seperti yang
diperkatakan oleh Ketua Felo Penyelidik di Institut Kajian
Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Denison Jayasooria.[berita
lanjut di sini]
Walaupun,
beliau tidakmenyentuhnya dari sudut agama Islam, namun hujah beliau itu
menepati zaman dan kedudukan ummah pada hari ini berbanding kehendak dan
keperluan hiudup semasa.
KIRA-KIRA 30 tahun lalu, saya pernah membicarakan soal tahap kemiskinan dan
fakir dengan seorang tuan guru yang juga ahli tafsir (arwah Tuan Haji Muhammad,
Pintu Gerbang Bruas), bagi menyempurnakan agihan zakat dan fitrah.
Menurutnya darjah fakir dan
kemiskinan bagi setiap tempat atau kariah itu tidak sama malah ia berubah
mengikut masa atau zaman. Dan lagi, beliau menyatakan fakir dan miskin tidak
akan hapus sampai bila-bila selagi rukun Islam Zakat dan fitrah itu diwajibkan.
Makanya, sebab itu ia terletak dalam rukun Islam yang lima tanpa sebarang
pengecualian.
Katanya, seseorang atau
sesebuah keluarga itu ditafsirkan fakir atau miskin mengikut perbandingan
standard taraf sosio ekonomi majoriti penduduk di kariah berkenaan. Misalnya,
jika dalam kariah itu, majoriti penduduknya mampu memiliki sekurang-kurangnya
sebuah motosikal, maka yang berbasikal dan ke bawah adalah termasuk dalam
golongan miskin.
Contohnya lagi, sekiranya
majoriti dalam kariah itu mampu memiliki kenderaan empat roda (kereta -tanpa
mengira jenis dan keadaannya), maka yang bermotosikal itu dikira sebagai miskin
manakala yang berbasikal dan kebawah adalah golongan fakir. Melainkan, ternyata
dia memang mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu membeli atau menggunakan
kemudahan tersebut.
Saya bertanya lagi,
bagaimana kalau dalam kariah berkenaan semua penduduknya memiliki kereta?
Menjawab soalan saya itu, beliau berkata, ketika itu hendaklah dinilai taraf
kenderaan yang mereka miliki. Jika majoriti memiliki kenderaan berjenama dan
mahal, maka yang memiliki kereta murah serta dhaif itu dikira sebagai golongan
miskin.
Dalam kes ini beliau
mengambil contoh kenderaan yang dimiliki sebagai perbandingan, namun menurutnya
itu hanyalah sekadar perbandingan harta yang dimilki oleh seseorang atau
sesebuah keluarga. Oleh itu, katanya bancian terhadap pemilikan harta setiap
individu atau keluarga amat penting bagi memastikan mereka benar-benat termasuk
dalam asnaf dan berhak menerima zakat dan fitrah.
Yang pasti katanya, tidak akan ada istilah dalam sesebuah kariah itu
terkeluar daripada asnaf kemiskinan dan fakir. Bagaimanapun, bagi asnaf-asnaf
yang lain ia adalah jelas.
Wallah hu'allam.
Jagindas: macam mana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.