Isnin, 10 September 2012

SYUKURLAH ...


KERANA ALLAH MERESTUI SANGGAHAN KAMU SEBELUM INI

NASHARUDIN MAT ISA
ALHAMDULILLAH..(segala puji-pujian bagi Allah).

Nampaknya Pemimpin PAS sudah semakin bijak menilai dan bertindak.Saya percaya, Allah telah memberikan taufik dan hidayahNya kepada golongan pentadbir parti itu di mana dalam mesyuarat Ahli Majlis Syura malam tadi, isu Nasharudin langsung tidak di sentuh sekali gus meletakkan Nasharudin kekal dalam ahli jemaah berkenaan.
            Syukurlah, ini barangkali langkah permulaan pemikiran dan pendirian baru kepimpinan PAS dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan agama Islam. Kita harap, pemikiran PAS akan terus diterangi dengan nur hidayah dalam urusannya memperjuangan politik berlandaskan agama agar tidak tersasar daripada landasan yang sebenar. Allah huakbar! Allah huakbar! Allah huakbar!
            Seterusnya saya berdoa agar PAS akan meleraikan diri daripada Pakatan Rakyat (PR) yang jelas menghancingkan hasrat dan matlamat PAS malah telah membuatkan PAS menjadi kelam kabut dan serba salah dalam memastikan meraih sokongan pelbagai pihak termasuk DAP dan PR sehingga adakalanya PAS bagaikan menyongsang daripada hakikat perjuangan Islam yang dilaung-laungkannya selama ini.
            Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, saya amat hormat jika PAS keluar daripada PR dan bergeraklah bersendirian kalaupun tidak mahu menyertai Barisan Nasional (BN).
            Mungkin, jika bergerak seperti itu maka hasrat untuk menduduki Putrajaya tidak akan tercapai, namun yang demikian itu PAS akan bertakhta sebagai pembangkang yang terhormat dan dihormati. Bagi saya, itu lebih baik daripada mengheret manusia ke ruang dosa menggadaikan agama demi kepentingan politik.
            Tidak perlu lagi kafir mengkafir sesama kita. Perjuangkanlah apa yang tersebut dalam al-quran dan al-hadith berdasarkan sunnah dan jamaah dalam konteks mazhab Shafie yang dianuti majoriti rakyat di negara ini yang juga sebagai agama Islam yang diterakan dalam perlembagaan negara.
            Memang ramai yang menjangkan keputusan PAS malam tadi. Ada yang menuding sebagai PAS tidak berani menyentuh Nasha demi kepentingan politik parti itu apa lagi saat-saat menjelang pilihanraya umum yang akan datang tidak lama lagi. Namun, bagi saya, iyu bukan falsafahnya. Bagi saya, demikianlah susunan Allah swt. Dan semua pihak terutama orang Islam harus rasional dari sudut Islam dalam konteks kes Nasha ini.
            Allah Huakbar!

Jagindas: Berdoa semoga semua umat Melayu terus bersatu padu..ibarat seberkas lidi penyapu amatlah sukar untuk dipatahkan berbanding sebatang lidinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.