DI MALAYSIA, ISLAM ITUPUN MELAYU!
jagindas.. |
Saya tertarik membaca entry Dr Ismail Ibrahim
bertajuk Innocense of Muslims dan
sekawan serigala yang dikeluarkan oleh akhabr sinar Harian di sini. Pada hujung tulisannya
beliau menyeru agar umat muslim di negara ini menjelma menjadi
serigala daripada menjadi manusia!
Beliau
berkata demikian setelah berasa yakin dengan pandangan jauh hukamak tersebut
seterusnya membandingkannya dengan perbalahan umat muslim di negara ini yang
berbeza dengan ideologi serta fahaman plolitik masing-masing.
Apa
yang jelas, jika kita mengambil iktibar dalam negara ini kisah tiga seriga itu
sudah lama dipraktik oleh puak lain (yang bukan muslim). Mereka nampak berpecah
dalam beberapa parti tetapi dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan kaum
sendiri mereka dilihat tetap memberikan sokongan sama ada secara
terang-terangan mahupun menerusi medium lain.
Bagi
puak berkenaan mereka mudah berbuat demikian kerana bagi mereka yang utama adalah
kepentingan kaum manakala bab-bab agama (asal bukan Islam) ia tidak menjadi
sebarang masalah atau kekangan.
Berlainan
dengan orang Islam, dalam keras suara satu pihak untuk membela bangsa melayu
pada masa sama juga ada suara yang menafikan perjuangan melayu beralasankan
ianya tidak menepati Islam sebenar malah dikatakan berunsur perkauman yang
pekat. Maka sebab itu, orang melayu sukar di satukan dari segi prinsip dan
perjuangan mereka.
Walaupun
sebelum ini masing menunjukan bantahan terhadap sebarang usaha mencabar marwah
kesucian agama Islam, hanya baru sehari dua ini kita lihat semacam ada satu
penyatuan untuk bertindak secara bersepadu. Itupun, masih ada "berbunyi" kerana
masing-masing mengkhuatiri satu pihak akan menggunakannya untuk kepentingan
politik masing-masing.
Dalam
konteks di negara ini, secara umumnya orang melayu adalah Islam dan orang Islam
adalah melayu manakala kaum-kaum lain terdiri dari pelbagai agama. Maka,
apabila mereka terdorong dalam politik puak yang di dalamnya menganuti pelbagai
agama namun mereka lebih mudah bersekutu terhadap soal-soal yang membabitkan
kepntingan kaum. Dan, ia sukar berlaku bagi satu kaum yang diungguli satu agama
- iaitu melayu.
Berbeza
dengan manusia di negara-negara lain, misalnya di Mesir, mereka wujud sebagai
satu bangsa tetapi terdiri dari pelbagai agama termasuk agama Islam. Sebab itu
perselisihan sesama mereka akan menjadi api jika terdapat golongan agama selain
Islam cuba memperlekehkan Islam.
Demikian
juga sepertimana di Afghanistan, Iraq dan Iran yang majoritinya adalah satu
bangsa dan beragama Islam, mereka ini mudah dipecah-perintahkan oleh pihak luar
menerusi faham mazhab dan ketidaksamaan ideologi politik. Dan, usaha pihak luar
khususnya Amerika jelas menampakkan kejayaan apabila selepas berjaya mewujudkan
perang dan kekacauan puak (dalam satu agama), sehingga kini negara bekenaan
masih tidak stabil sedang hasil negara sudahpun dimonopoli oleh blok barat.
Justeru,
bagi umat Islam di negara ini yang duduk dalam sebuah negara yang pelbagai kaum
dan agama, maka adalah diharapkan supaya bersatulah dalam apa juga urusan yang
berkaitan kepentingan bangsa dan negara meski ia tidak selari dengan ideologi
serta fahaman politik masing-masing.
Ini
kerana, dengan satu jawapan yang mudah iaitu bahawa di negara ini orang melayu
adalah Islam dan orang Islam adalah melayu. Dan, amatlah jelas tugas orang luar
dalam konteks negara ini mereka melihat adalah lebih mudah memecahkan melayu
menerusi Islam, sekiranya umat Islam itu lalai dalam menghargai kaumnya
sendiri!
Berbalik
kepada cerita sekawan serigala tadi, mereka (serigala) dari spesis dan bangsa
yang sama bersatu dalam menjaga kepentingan bangsa serigalanya apabila diancam
musibah dan kemudian berbuat hal masing-masing setelah memastikan "kaumnya" selamat.
Pun,
begitu jangan lupa, jika pada masa sama datang sekumpulan pemburu yang
professional sudah tentu ia akan menembak selruh serigala itu jika merka
merasakan haiwan itu mengancam perburuannya. Maka, hati-hatilah kerana di sekeliling
kita khususnya dari luar, sedang berlegar-legar pemburu licik mengintai kita. Kesediaan
pihak dalam negara menjadi tali barut adalah laksana time bomb yang amat merbahaya!
Jagindas: melayu itu
Islam demikian sebaliknya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.