Isnin, 3 September 2012

DEMI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA


PENGHINA PERLEMBAGAAN DAN RUKUN NEGARA WAJAR TERIMA HUKUMAN
PATRIOTIKKAH JIKA BENDERA DIBEGINIKAN?
TAHNIAH, terima kasih dan syabas kepada kerajaan khususnya pihak berkuasa kerana nampaknya akan bertindak tegas terhadap penoda Jalur Gemilang dan golongan bangsat yang memijak dan menghina gambar pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib baru-baru ini.[di sini]


            Barangkali, kebiadapan ini berlaku kerana beberapa insiden biadap sebelum ini seperti penghinaan lagu Negaraku, memperlekehkan institusi raja termasuk Yang Dipertuan Agong tidak menampakkan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.
            Malah ada antara kes-kes kebaculan dan kebiadapan tersebut bagaikan lupus begitu sahaja setelah pihak yang melakukannya memohon maaf dan mengaku telah melakukan perkara berkenaan kerana kejahilannya terhadap perkara-perkara memelihara kedaulatan negara. Mengaku jahil setelah 55 tahun merdeka! Logikkah?
            Inilah caranya yang sewajarnya sejak bermula. Siapapun yang durhaka kepada negara ini mesti diajar dan dihukum. Jangan sampai ianya menjadi amalan atau ikutan dan akhirnya menyulitkan kita untuk berbuat tindakan. Tindakan awal amat penting. Bak kata orang perubatan: Pencegahan awal lebih baik daripada mengubati!
            Namun begitu, saya ingin mengajak saudara-saudara sekelian memikirkan sejenak, sejauh manakah elemen-elemen atau kelakuan-kelakuan yang boleh ditafsirkan sebagai "menghina" bendera Malaysia (kita fokus kepada keistimewaan bendera sahaja)
            Contohnya, bagaimana dengan mereka yang menjadikan bendera Malaysia sebagai baju dan seluar atau pakaian? Ini kerana, kedudukan istimewa bendera itu adalah sama ada ia di lipat dan disimpan di tempat yang terhormat, diusung di atas bahu atau hanya dikibarkan ke udara atau angkasa.
            Apakala menjadi pakaian: baju diletak di badan, ok lagi. Jadi seluar, membalut punggung, diduduk, dihenyak-henyak. Kemudian masuk ke tandas atau tempat kotor lalu tersimbah pula dengan najis! Silap-silap dijadikan pengelap najis apabila tandas tidak ada air. Perbutan seperti ini tidakkah dikira sebagai menghina kedudukan istimewa bendera itu?
            Justerus, satu garispanduan penghormatan dan pendaulatan bendera hendaklah dinyatakan dengan jelas supaya rakyat tahu apa-apakah yang boleh dan tidak boleh diperlakukan terhadap bendera negara!

            MALAYSIA, NEGARAKU YANG BERDAULAT!

Jagindas:   banyak yang terlepas pandang kerana dikaburi oleh keunikan dan kesyikan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.