BILA
ASRI TEGUR ULAMAK UMNO
Dari Kiri: ASRI, NAJIB DAN HISHAMUDDIN
TEGURAN Bekas mufti Perlis, Dr
Mohd Asri Zainul Abidin yang menyelar ulama muda dalam Umno membisu terhadap
budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini memang ada
logiknya.di
sini
Sekurang-kurangnya,
Murshidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz, ada menyuarakan kebenciannya terhadap
perilaku tersebut. Cukuplah sekadar mewakili satu puak, tak gitu?
Bagi
saya, itu tidak begitu memeranjatkan sangat kerana sebelum ini pun "ulamak
UMNO" telah banyak kali bercakap dan mengulas terhadap perkara-perkara
yang baik dan yang tidak baik khusus yang berlaku sepanjang tempoh ini.
Barangkali,
apabila beberapa individu dan puak lain sudah memberikan respon dan reaksinya
mungkin "ulamak" berkenaan berpendapat tidak wajar menambah tokok
ketegangan lagi. Mungkin. Barangkali.
Yang
memeranjatkan saya adalah selepas tiga hari kejadian kurang ajar itu, hanya 39
laporan dibuat di seluruh negara. 39 laporan sahaja! itupun selepas tiga hari
(laporan akhbar pada 4 September, 2012).
Menagapa
ia memeranjatkan saya? Sebab, UMNO ada 191 Bahagian bermakna Pemuda UMNO juga
ada 191, begitu juga Wanitanya, 191 bahagian. Bermakna, jika UMNO sendiri amat
sensitif terhadap isu ini sudah tentau dalam tempoh itu ada 573 laporan. UMNO bahagian
sahaja. belum lagi kalau dikerah cawangan-cawangan berbuat demikian!
MCA,
MIC, Gerakan macam mana? Kompenan-kompenan di Sabah dan Sarawak pula macam
mana? Langsung tidak ada! Apa maknanya tu?
Sampai
hari ini (7 September, 2012) belum pun sampai 200 laporan. Sedangkan kehebatan
sensitif isu itu kalau dilihat di media elektronik dan media cetak begitu hebat.
Justeru, yang ini benar-benar di luar jangka lagi memeranjatkan.
Datuk
Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Najib kena faham-fahamlah!
Jagindas: Tak kan semua oang nak keluar muka di TV dan
media cetak kot. Kalau macam tu, media kena buat stu slot atau page khas lah
pulak.... Report sajalah tanda kita komited dengan isu itu, bukan ada apapun!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.