Jumaat, 7 September 2012

PENDIDIKAN SEJARAH DI SEKOLAH


ELEMEN PENDIDIKAN YANG MAMPU MENEGARAKAN GENERASI

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang merangka kandungan baharu kurikulum Sejarah dalam silibus sekolah menengah sebagai sebahagian daripada usaha memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. di sini
            Jangan lupa, majoriti guru-guru hari ini pun banyak yang buta sejarah. Walaupun nampaknya guru mata pelajaran Sejarah yang bertanggungjawab terhadap subjek ini, namun jangan sampai pula ada yang berlaga agin. Maklum di sekolahpun ada macam-macam mazhab!
              Pastikan juga guru sejarah memiliki ilmu sejarah yang tulen. Justeru, fakta-fakta  serta penyampaian dalam buku teks mesti jelas, kemas dan teratur. Jangan nanti, sebulan dua selepas buku diedarkan, macam-macam benda yang tidak kena sehingga menyebabkan ia terpaksa ditarik balik sebelum di cetak baru.
            Rangkalah macam mana sekalipun, kita setuju. Cuma nak ingatkan, jangan "ubahsuai" isinya. Perkara yang lucu nyatakan lucu; peristiwa yang memalukan, jangan malu-malu menyatakannya; D
            Demikian juga yang hal-hal yang pahit, luahkan kepahitannya; manakala bab-bab yang manis pula, hamburkan kemanisannya! Sebagai cadangan balas, ada baiknya pihak berkenaan kumpulkan balik buku-buku sejarah sekolah rendah dan menengah tahun-tahun 50an, 60an dan awal 70an sebagai panduan pengadunan "buku sejarah baru". Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tentu boleh membantu.
            Barangkali bahasa penyampaiannya mungkin diadun dan diolah, namun jangan sampai mengubah maksud dan realiti kesejarahannya.
           
           
Jagindas: ........ jangan main-main, jangan dok sedap cakap nak tinggikan martabat itu dan ini. Bukan apa sekadar mengingatkan saja...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.