Khamis, 18 Oktober 2012

AMALKAN BAHASA KEBANGSAAN


Najib Seru Rakyat Guna B.Melayu - Martabatkan Bahasa Kebangsaan

BERCAKAP dalam satu wawancara ketika menjadi tetamu program Melody FM Morning Boss , iaitu program yang diterbitan oleh stesen radio berbahasa Cina kedua,  semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, meminta rakyat kaum cina di negara ini bertutur dalam bahasa kebangsaan.
            Menurutnya, dengan bertutur dalam bahasa melayu bermakna rakyat secara lansung menghormati dan memartabatkan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan.
            Saranan seumpama itu bukanlah perkara baru, malah memang menjanggalkan sehingga hari ini generasi selain melayu yang lahir, dibesar dan dididik dalam negara ini masih tidak lagi mahir dan fasih berbahasa melayu. Sekurang-kurangnya berbahasa melayu tempatannya sendiri seperti majoriti cina Kelantan dan Trenganu kalau tidak pun bahasa melayu standard.
           Penulis menyifatkan kelakuan ini adalah satu sifat kedegilan yang degil! Paling menyedihkan golongan guru bukan melayu juga majoritinya masih gagal berbahasa melayu dengan sempurna. Sungguh malang nasib Bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa rasmi negara. Memang malang!
            Tidak dapat diramal sampai bila keadaan ini akan tamat selagi kedegilan menutup ruang kemahuan golongan berkenaan. Malahan, wakil rakyat kita (dari kaum bukan melayu) juga ramai yang tidak fasih berbahasa melayu. Jadi payahlah kalau ketam nak ajar anaknya berjalan langkah standard.
            Agak pelik juga, dalam peperiksaan awam golongan ini mampu dengan mudah memperoleh gred A namun apabila berbicara secara live, hancur, mukhlishin dan memalukan.
            Bagi penulis, loghat tempatan pun tidak mengapa asalkan bahasa melayu yang lancar dan dan mudah difahami. Lagipun kita bukan seperti Indonesia, walaupun kita ada bahasa melayu standard, namun boleh dikatakan seluruh rakyat tidak bercakap menggunakan bahasa itu termasuklah pemimpin-pemimpin negara. Kalau nak ada pun mungkin beberapa orang dari kaum kerabat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
            Hujung-hujungnya, mahu tidak mahu kena tanya juga - di mana silapnya setelah 55 tahun merdeka!


Jagindas: Tertanya-tanya juga mengapa dalam program berkenaan Najib di soal dan bercakap dalam bahasa inggeris? 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.