SHAHRIZAT...apa benda yang di sukat tu |
Nasihat Ahli Kepada Sesetengah Pemimpin Parti
ADA KETIKANYA, malah barangkali juga
sehingga selesai pilihan raya umum ke 13 (PRU13) beberapa orang dari kalangan
politik BN eloklah mendiamkan diri. Kalau nak beri sokongan kepada kerajaan
atau BN pun buat cara lain. Tidak perlu mendedahkan diri. Dalam kata lain,
tidak perlulah menggunakan media atau publisiti politik lagi. Dalam keadaan
sekarang, ada muka-muka tertentu kalangan pemimpin UMNO boleh membantutkan
sokongan rakyat kepada BN.
Sebagai
contoh (yang lain-lain tu faham sendirilah), bagi yang dalam kes mahkamah, bukan
semua rakyat faham tentang prosedur mahkamah. Bukan semuanya memahami antara
isu terpalit dengan tugas yang terpikul. Ini bukan soal kapasiti, hak atau
tanggungjawab. Bagi saya yang memahami kes tersebut tidak ada masalah.
Orang-orang
seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil, contohnya, eloklah serah sahaja kepada
timbalannya kalau nak bercakap tentang politik, nak komen itu ini atau apa
sahajalah atas kapasitinya sebagai Ketua Wanita UMNO dan BN. Shahrizat boleh
pilih laluan belakang tabir. Khidmat kena teruskan.
Memang
betullah kes masih dalam perbicaraan. Belum tahu keputusan sama ada Shahrizat
bersalah atau tidak. Tapi, macam saya kata tadilah, bukan semua orang faham
benda-benda macam ini. Malah, dalam keadaan sekarang bukan sahaja bercakap,
bahkan ada sesetengah orang pemimpin UMNO tu, kalau melintas di depan pun orang
dah getik. Usahkan pula nak menonjol-nonjolkan diri di khalayak meskipun majlis
itu majlis umum atau parti.
Demikian
pandangan ramai daripada ahli UMNO di akar umbi. Nampak remeh malah ada orang
kata komen sebegini agak keterlaluan. Tetapi inilah realiti sembang-sembang
khalayak yang tuan-tuan di atas tidak mendengarnya.
Jangan
lupa, sebagai orang melayu yang beradab dan beradat, di hadapan tuan-tuan
disambut sebegitu rupa namun sebaliknya dalam hati penuh keciwa. Oleh itu,
jangan terperangkap dengan permainan budi dan bahasa kerap juga ia sebagai
racun berbisa!
Jagindas: kalau marah
sekalipun, kalau pukul sekalipun, semuanya kerana sayang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.