Pesakit Hospital Jadi Sasaran
GAMBAR HIASAN UNIT ICU |
PENULIS tidak terkejut dengan dakwaan
sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap gerakan memurtadkan umat Islam semakin
agrasif sehingga dikatakan kini sedang menyusup ke hospital seperti dilaporkan di
sini
Sebenarnya
penulis juga sudah lama melihat keadaan ini ketika melawat rakan damai yang
terlantar di hospital. Benarlah seperti apa yang dilaporkan itu.
Berpuluh
kali saya menziarahi sahabat handai yang terlantar di hospital, namun tidak
pernah sekalipun saya bertemu dengan golongan pendakwah atau pegawai-pegawai
agama Islam mahupun sesiapa sahaja yang berautoriti dalam bahagian itu menyusuri
dari katil ke katil pesakit terutama mereka yang sedang tenat. Sedangkan, saya
kerap pula bertemu dengan kumpulan mubaligh kristian.
Timbul
tanda-tanya, apakah akan hilang status ulamak, imam, bilal atau pegawai agama
jika mereka turut melakukan seperti mubaligh kristian itu? Hilangkah bisa ular
jika menyusup akar? Atau, najiskah pesakit itu sehingga dikhuatiri akan
dijangkiti penyakit jika kerap menziarah pesakit?
Apa lagi
pertolongan yang dapat kita berikan kepada mereka yang sedang tenat dan sakit
teruk selain kata-kata semangat berunsur agama serta doa. Sedang waris-waris
panik dan resah, alangkah murninya jika pihak terbabit hadir sambil memberikan
sokongan moral di samping "menghantarkan
sesuatu serta doa" kepada pesakit.
Memang
menghairankan, kumpulan mubaligh kristian nampaknya begitu mudah menggunakan pass mereka untuk menziarahi pesakit di
hospital. Dengan lemah lembut mereka akan menghampiri pesakit terutama yang
berseorangan berkata sesuatu dengan nada begitu perlahan dan senyum yang
menyenangkan.
Saya
tertanya-tanya kemana agaknya orang-orang kita? Sibuk sangatkah sehingga tidak
terjadual walau seminggu sekali kalau pun tidak mampu melakukannya setiap hari!
Ketika
bercakap di pentas-pentas ceramah, di setesen-stesen radio hatta di atas
khutbah dan siaran televisyen pegawai-pegawai agama kita nampaknya begitu
prihatin malah amat risau akan gejala yang melanda umat Islam. Ironinya, tiada
contoh teladan yang dapat diangkat.
Barangkali,
kehadiran seperti itu (ziarah pesakit) mesti terlebih dahulu mendapat jemputan
dan ia seharusnya diselaras dengan jadual peribadi pula. Barangkali, kehadiran
mereka mesti disambut-sambut dan dibesar-besarkan. Barangkali juga semua jenis media
mesti membuat liputan, biar pun itulah sekali dan pertama kali meraka lakukan.
Begitukah? Atau, kerajaan khususnya jabatan zakat dan baitulmal kena luluskan
peruntukan elaun khas?
"Orang lain" memang sentiasa
memerhati kelemahan kita. Dan, apabila kita tidak menggunakan ruang tersebut,
golongan berkenaan akan menyempurnakannya. Mengapa pula kita marah-marah? Kita
pandai dan kuat bercakap sedang mereka bergerak secara praktis.
Jagindas: usahkan ke hospital, ahli kariah sakit pun
susah benar imam pegawai nak ziarah. Lagi banyak red-tape nya --
masalah fahaman politik, bukan ahli masjid dan surau dan macam-macam lagilah...!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.