Selasa, 16 Oktober 2012

GANGGUAN ILMU HITAM

Gambar Hiasan

Buat Penguatkuasa Serba Salah

SEBUAH akhbar tabloid popular hari ini memaparkan kisah seorang pegawai pihak berkuasa tempatan yang dikenaka ilmu hitam yang dikira agakkuat juga sehingga boleh menyebabkan kesusahan kepada seorang bomoh yang cuba merawatnya di sini.
            Ilmu hitam dikaitkan dengan sihir dan shir pula berhubung rapat dengan syaitan, jin dan iblis. Dari segi agama pula hukum mengamal mahupun menggunakan perkhidmatan pengamal tersebut adalah haram. Haram!
           Zaman dulu-dulu, kepandaian perbomohan banyak dikaitkan dengan makhluk halus, jin malah tidak kurang juga yang menggunakan orang suruhan dari spesis jembalang, bajang, hantu raya, dan bermacam jenis syaitan dan hantu yang juga dipangil sebagai khadam kepada si bomoh.
            Meskipun, banyak belaku penyalahgunaan ilmu pembomohan seperti itu, pada zaman itu khususnya negara semasa sebelum merdeka dan selepas merdeka, namun dunia bomoh juga banyak membantu menyembuhkan penyakit ketika itu, dengan izin Allah.
            Antaranya, demam panas, demam kuning, tokak (barangkali sekarang disebut kanser), cekik tulang, sakit gigi, sakit perut dan sebagainya
            Malah dari sudut perbidanan perempuan mengandung songsang sekalipun dapat melahirkan anak dengan selamat tanpa pembedahan.
            Ilmu-ilmu hitam sedemikian juga dapat memukau manusia hatta pihak lawan sekalipun termasuk menghilangkan diri daripada pandangan musuh dan sebagainya.
            Kalau nak dipecahkan perihal ilmu hitam, bomoh dan yang seumpamanya, barangkali tujuh hari tujuh malam pun tidak boleh habis.
            Khalayak tidak boleh mempertidakkan kewujudan dan kemenjadian ilmu berkenaan meskipun tidak boleh dibuktikan secara saintifik. Sebagai contoh seorang kawan penulis pernah terkena semacam bisuldi di kemaluannya, setelah berjumpa empat doktor termasuk pakar semuanya mengatakan tiada disebabkan kuman atau virus sedangkan rakan saya itu sudah tidak tidur selama sebulan menahan kesakitan. Berdengap-dengap satu hal. Kalau-kalau "benda tu" jahanam pulak satu hal lagi!
            Akhirnya, bertemu dengan seorang bomoh dan hanya dengan beras, daun setawar dan air, bisul tersebut hilang dalam tempoh tiga malam tanpa meninggalkan sebarang kesan pun. Macam mana ni?  Semuanya dengan izin Allah.
            Apapun, apa yang penulis perhatikan ketika ini aktiviti ilmu hitam nampaknya kembali mengisi ruang kehidupan manusia sejagat khususnya orang melayu yang suatu ketika dulu memang kuat kepercayaannya kepada benda-benda yang mistik.
            Namun yang jelas, sama ada si pengamal mahupun yang menggunakan khidmat pengamal ilmu hitam tersebut tidak ada sejarah yang menunjukkan mereka berjaya, cemerlang, kaya raya dan bertakhta hatta di kelompoknya sendiri sekalipun.
            Agak menyedihkan pula, kebanyakan ilmu hitam ini hanya boleh dengan mudah dikenakan kepada orang melayu (Islam) sahaja. Kalau nak kenakan orang kafir haram pulak tak mahunya!
            Tidak tahulah sekarang, tapi kalau dulu-dulu, tambah-tambah pula musim hendak pemilihan calon pilihanraya ni, orang-orang politik pun banyak guna khidmat bomoh. Hehehe....ada yang mengunyap bunga cengkih dan sirih siang malam...


Jagindas:  Kemana perginya ilmu kepahlawnan Hang Tuah, Datok Sagor, Datok Bahaman, Datuk Mat Kilau, Datok Maharajalela serta kaum kerabat mereka... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.