Ramaikanlah Umat Islam Secara Halal
RAMJEET DAN ISTERINYA, SHAKUNTALA SERTA ANAK MEREKA |
KISAH benar yang
dipaparkan di beberapa akhbar semalam tentang sepasang suami isteri warga emas
dari latar belakang keluarga miskin tetapi masih mampu melahirkan anak yang
sihat serta bersedia membesarkannya menarik perhatian saya.
Bukanlah soal kehidupan seks
pasangan suami berusia 96 tahun dan isterinya 60 tahun itu yang mampu seghairah
melakukan aktiviti seks sehingga dua tiga "round"
semalam mahu pun latar belakang mereka yang miskin yang menjadi tarikan
penulis.
Tetapi adalah kesanggupan, kecekalan
serta keredhaan mereka untuk menerima bayi ketika usia mereka sebegitu
sedangkan mereka tahu untuk membesarkan anak tersebut bukanlah suatu perkara
mudah berbanding kehidupan mereka sekarang.
Menurut Ramjeet Raghav, 96, dia dan isterinya Shakuntala,
60, sudah berusaha untuk tidak mendapatkan anak lagi namun dengan kehendak
Tuhan mereka dikurniakan juga.
Pun begitu pasangan
tersebut tetap gembira malah terus meningkatkan azam memperbaiki taraf hidup
bagi memastikan anak-anaknya dibesarkan dengan sempurna termasuk mendapat
pendidikan yang secukupnya.
Meski kematian adalah sesuatu yang pasti apatah lagi seusia itu namun mereka sedikitpun tidak bimbang dengan usia yang ada seolah-olah mereka merasakan akan hidup 1,000 tahun lagi atau mungkin berharap tidak akan mati-mati!
Meski kematian adalah sesuatu yang pasti apatah lagi seusia itu namun mereka sedikitpun tidak bimbang dengan usia yang ada seolah-olah mereka merasakan akan hidup 1,000 tahun lagi atau mungkin berharap tidak akan mati-mati!
Penulis teringat sabda
Rasulullah (saw) yang menggalakkan supaya umatnya sentiasa meningkat usaha dan
mengejar kemewahan dunia seolah-olah mereka akan terus hidup selama-lamanya (atau
tidak akan mati esoknya) tetapi pada masa sama baginda juga mahu umatnya
melipat gandakan amalan menghambakan diri kepada Allah (swt) seolah-olah mereka
akan mati keesokan harinya.
Walaupun pasangan ini
bukan beragama Islam, barangkali semangat seperti yang terkandung dalam sabda
Rasulullah itu menjadi pegangan mereka sehingga pada wajah mereka itu tidak
menampakkan derita dan sengsara melainkan ceria dan bertenaga.
Memang benar, seorang
rakan yang turut membaca kisah tersebut mengatakan ia mungkin berlaku satu
dalam berpuluh juta pasangan tua seperti itu di dunia ini namun bagi penulis,
kisah mereka ini ada nilai motivasi yang tinggi terutama kepada umat Islam hari
ini.
Umat Islam digalakkan
memiliki anak ramai sebagai langkah mengembang dan memperkasakan umat Islam di
dunia ini. Namun, memiliki umat yang ramai tetapi tidak berkualiti juga tidak
memberikan apa-apa makna. Dengan alasan itulah, maka barangkali ramai pasangan
Islam membuat keputusan untuk tidak melahirkan ramai anak berikutan "gangguan"
tuntutan sosial hari ini dan kehadapan semakin membebankan. Dan, sebab-sebab tersebut
barangkali membimbangkan bahawa mereka akan gagal membesarkan zuriat yang
berkualiti.
Padahal, kita di suruh
berkerja keras setiap masa dan menyalurkan rezeki tersebut kepada ahli keluarga
dengan syarat setiap detik tidak melupakan Allah. Sesungguhnya yang demikian
itu Allah akan memelihara kita dan yakinlah bahawa taqwa itu adalah sebaik-baik
jalan serta peganagan bagi umat Islam. Ini adalah janji Allah kepada umat
Islam.
Dengan berpendirian
khuatir, bimbang dan takut akan anak-anak tidak terdidik dengan sempurna
makanya ramai pasangan keluarga Islam yang memutus untuk tidak mengembangkan
zuriat. Maka secara tidak langsung sebenarnya mereka telah menghadkan keupayaan
untuk berkerja keras lantas hilanglah motivasi diri.
Manakala, ada pihak yang
juga menghadkan kelahiran zuriatnya tetapi terus-terusan mengumpul harta dunia
hanya semata-mata mahu bergembira dengan kesenangan tersebut. Namun jika
berdasarkan sabda Nabi (saw) itu golongan ini sebenarnya telah menjauhkan
dirinya daripada sunnah berkenaan.
Peliknya, "orang
kita" begitu ghairah mencari pelbagai petua, ubatan dan amalan bagi
memastikan kemampuan seks tidak tercabar - baik lelaki mahupun perempuan. Ada
yang sanggup berhabisan beratus ringgit sebulan demi memastikan alatan seksnya
sihat walafiat dan bersedia mengikut "order". Malahan, ada yang
terlalu ghairah mencari kelebihan sehingga ada yang menempuh maut disebabkan
penjagaan alatan seks mereka.
Justeru, pihak berkenaan
seharusnya bertindak menyedar dan memberikan galakan rakyat di negara ini terutama
umat Islam supaya sentiasa berkeinginan untuk mempunyai anak ramai terutama
bagi pasangan yang berkemampuan di segi material melainkan bagi mereka yang mengalami
masalah kesihatan.
Jagindas: satu pertanyaan, adakah proses serta
karenah perkahwinan sekarang termasuk kehendak orang tua (bakal mertua) memberi
galakan kepada orang muda untuk berkahwin atau sebaliknya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.