Jumaat, 12 Oktober 2012

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT

GAMBAR HIASAN

Akhirnya Jatuh Ke Tanah jua...

ALHAMDULILLAH..Akhirnya jatuh juga tupai ke tanah setelah puas melompat-lompat dari dahan ke dahan dengan angkuh dan riaknya! Berkat kerjasama dan kesabaran penduduk akhirnya penantian membuahkan hasil.
            Setelah lebih sebulan penduduk berjaga malam mengawal kampung namun semalam maka bertemulah buku dengan ruas. Bertemuah rabu dan khamis. Seorang penjenayah yang licik sebelum ini memecah masuk rumah penduduk sekitar Tanjong Tualang akhirnya tersungkur setelah terkejut dengan jeritan seorang penduduk.
            Kejadian berlaku antara pukul 5 dan 6 pagi tadi, di mana seorang penduduk terkejut dengan bayangan seseorang yang cuba memasuki rumahnya dari pintu belakang.
            Terkejut dengan bayangan itu, penduduk tadi menjerit menyebabkan adik beradiknya serta penduduk lain keluar mengejar dan mengepung penjenayah berkenaan. Dan, peristiwa kepung mengepung itu berkesudahan dengan bedal membedal sehingga lembik sebelum penjenayah terbabit diserahkan kepada polis.
            "Sekarang terpuanglah kepada polis untuk mencari saki baki atau kaum kerabat penjaenayah tersebut kerana kita percaya sekurang-kurangnya dua tiga orang lagi masih bebas," kata seorang penduduk yang lega dengan tangkapan itu.
            Sebelum ini setiap malam tiba sehingga menjelang pagi, penduduk sentiasa bimbang dan takut kerana hampir setiap malam berlaku kes pecah rumah dan kecurian. Penduduk khususnya kaum wanita tambah bimbang kerana penjenayah terbabit dipercayai lebih seorang dan bersenjata serta memakai topeng.
            Berikutan itu, penduduk di beberapa kawasan sekitar Tanjong Tualang mengadakan jadual rondaan berkala bagi menangkap penjenayah tersebut.

Jagindas: muafakat membawa berkat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.