Jumaat, 12 Oktober 2012

HINDARILAH BONGKAK, UJUB DAN RIAK

DR MAZA... Marhaen

Walau Hanya Sebesar Zarah

"Ustaz yang berceramah di depan majlis, belum tentu lebih disayangi ALLAH dari mereka yang duduk di bawah mendengar ceramahnya.
            Bahkan mungkin yang berceramah itu ALLAh benci disebabkan kesombongan, riyak dan ‘gila dunia’ yang bersarang dalam jiwanya. Sementara yang hadir mendengar dengan ikhlas, tanpa sebarang tujuan melainkan mencari redha ALLAH, dia sangat ALLAH sayangi. Saya memberitahu dalam kuliah saya bahawa dalam sunnah, bayi yang lahir dibawa kepada Nabi s.a.w lalu didoakan"

UNGKAPAN di atas saya petik daripada tulisan Prof Madya Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis yang juga lebih dikenali sebagai DR MAZA di sini
             Dalam tulisannya itu, Dr Maza banyak membicarakan kerendahan diri serta kebimbangannya terhadap anugerah atau gelaran dunia yang dikhuatiri menenggelamkan iman manusia lantas mengheret ke neraka. Saya begitu tertarik dengan tulisan beliau itu yang jelas berpijak pada bumi nyata.
            Banyak perkara yang disentuh beliau yangmana sebenarnya adalah realiti yang berlaku dalam kalangan umat Islam hari ini termasuk golongan ulamak, tok guru, ustaz mahu pun umat marhaen.
            Kalaulah, semua golongan manusia itu membaca tulisan Dr Maza ini dengan jujur, telus serta tanpa prejudis saya percaya ia mampu mengendurkan keranggian manusia yang memijak bumi Allah swt ini.
            Beberapa bulan sebelum ini saya pernah menulis di blog ini terhadap sikap dan gelagat sesetengah imam dan bilal yang tidak dapat hendak dijadikan contoh masa depan melainkan sebagai imam sembahyang sahaja seperti artikel di sini, di sini dan di sini
            Saya akui, terdapat juga beberapa komen yang dikeluarkan oleh Dr Maza di media-media yang tidak saya setujui. Namun secara purata, Dr Maza saya fikir adalah antara golongan berpengathuan agama yang berfahaman sederhana seperti juga Ustaz Fathul Bari Mat Jahya.
           

Jagindas: klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.