gambar hiasan |
Intimlah Hingga Akhir Hayat
SEBELUM ke pasar basah membeli pelbagai barang keperluan
untuk hari raya kurban kali ini, saya dan isteri singgah dulu sarapan pagi di
sebuah warung. Biasalah di kedai kopi ada macam-macam cerita dan hilai tawa.
Seperti
biasa juga sambil minum dan mengunyah roti canai, penulis memasang telinga
sambil melihat gelagat pelanggan dan peniaga.
Tiba-tiba seorang
wanita lewat 40an menyapa perli satu pasangan suami isteri dalam lingungan usia
50an:
"Alahai
dah tua-tua pun berkepit saja. Lain lah kalau girl ftriend..."
Lalu dijawab selamba
suami pasangan itu:
"Kalau girl friend *awak tak bawak dia makan
kat sini pun..nanti perang dunia pulak..."
Siapapun
yang mendengar gurauan ini tidak menjadi kudis - maksudnya tak ada hal. Namun
bagi penulis, ada kisah yang boleh dikisahkan daripada dialog selamba bernada
senda itu.
Saya
teringat seorang rakan pernah memberi tahu bahawa sejak lebih 15 tahun lalu
isterinya kerap tidur dengan anak daranya. Bermakna sudah 15 tahun mereka tidur
berasingan! Ketika ini rakan saya itu berusia 65 tahun.
Begitu juga
seorang rakan lain menceritakan kepada penulis, sejak dia bernikah dengan
isterinya kira-kira 26 tahun lalu, dia tidak nampak bapa mertua dan ibu
mertuanya tidur bersama. Masing-masing dengan bilik sendiri.
Mereka yang
saya katakan itu juga adalah antara berjuta rakyat Malaysia yang suka menonton
slot-slot agama dibanyak rangkaian sama ada rangkaian nasional mahupun astro.
Dalam beberapa siri rancangan mengaji di corong-corong radio tempatan juga, ustaz-uztaz jemputan seringkali
mengingatkan supaya pasangan yang semakin tua meningkatkan keintiman mereka
bagi mewujudkan suasana harmoni, kasih sayang, hormat menghormati serta
nilai-nilai peradaban sebaai suami isteri dalam Islam. Ajakan ini bukan
semata-mata berpaksikan seks tetapi lebih kepada hubungan naluri dan
kesejahteraan kasih sayang.
Penulis
percaya, selain daripada dua contoh itu ramai lagi pasangan-pasang yang sudah
tergolong dalam warga emas hidup bersendirian di rumah sendiri. Sarapan
sendirian, makan tengah hari dan makan malam pun sendirian bahkan tidur pun
begitu.
Berbalik
kepada pasangan tua yang disindir sebagai berkepit tadi, saya fikir itulah
sebaik-baiknya dilakukan oleh pasangan warga emas. Kalau tidakpun sarapan
bersama di kedai, mereka juga sewjarnya bersarapan sama-sama di aman sahaja
termasuk di rumah sendiri.
Apabila
penulis memerhatikan kedua-dua pasangan itu, jelas terpancar kecerian dan kasih
sayang antara mereka. Barangkali mereka adalah pasangan yang sudah lama bersara.
Mungkin juga sekarang mereka sedang menikmati sumbangsih daripada anak-anak
setiap bulan.
[ info bahasa: *awak dalam bahasa
orang Perak bermaksud saya/aku/teman]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.