Khamis, 25 Oktober 2012

KERAJAAN SEDIA BANTU SAR, TETAPI...


Hendaklah Patuhi Peraturan Dan Saluran Sah

APABILA kerajaan meminta Sekolah Agama Rakyat (SAR) didaftarkan dengan kementerian pelajaran dan selepas itu disebut Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bukan bermakna kerajaan mahu mengambil alih keseluruhan pengurusan sekolah itu sehingga menjadikannya seperti Sekolah Kebangsaan (SK) atau pun  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
            Tidak sama sekali. Malah, kalau pihak pengurusan mahu mengekalkan namanya seagai SAR pun masih boleh. SABK cuma kod dalam pentadbiran kementerian pelajaran sahaja.
            Pendaftaran itu diperlukan kerana untuk menyalurkan wang peruntkan kerajaan tidaklah semudah yang disebut. Ada prosedur-prosedur tertentu yang telah ditetapkan oleh kanun kewangan negara. Ini adalah peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua pihak kerana ia membabitkan wang negara yang juga wang rakyat.
            Selain itu, kerajaan juga memudahkan kerajaan menyalurkan pelbagi bantuan lain seperti tenaga pengajar yang bertauliah, peralatan pembelajaran dan sebagainya. Tauliah pengajaran amat penting sebab zaman ini banyak sangat yang mengaku ustaz dan ustazah malah yang mengaku tok guru pun ada sedangkan selain ilmunya tidak seberapa mereka juga terbabit dalam memesongkan pemikiran anak didiknya.
                Itulah sebabnya kesemua ini (pelbagai peruntukan kerajaan ) tidak boleh diberi secara begitu-begitu sahaja. Justeru, tidak ada soal isu kerajaan akan mengambil alih SAR atau sekolah berkenaan akan dikongkong atau ditarik hidung oleh kerajaan   
                Penulis berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr. Siddiq Fadzil, yang meminta kerajaan terus memberi dan meningkatkan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) tetapi mahu status lama sekolah berkenaan dikekalkan  di sini.
            Begitupun, pada masa sama beliau tidak mahu sekolah berkenaan supaya tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan dengan alasan bagi membolehkan pengurusan sekolah lebih bertanggung jawab terhadap sekolah mereka.
            Namun, hasrat kerajaan dalam isu tersebut adalah supaya semua SAR di negara ini ditadbir secara seragam, dibekalkan kemudahan pendidikan yang sama seperti sekolah harian lain serta mengawal selia kurikulum dan kokurikulum di sekolah terbabit supaya selari dengan perkembangan semasa terutama dari segi pengisian sumber manusia negara anak didik yang dilahirkan daripada sekolah  berkenaan.
            Hasrat ini tidak bermaksud mengawal isi kandungan pendidikan agama seperti yang terlaksana sejak dulu hingga sekarang malah kerajaan akan terus memberikan sokongan terhadap usaha dan inisiatif itu. Kecuali, berlaku penyalahgunaan medium (sekolah) sehingga anak didik diberi kefahaman yang bertentangan dengan kehendak agama Islam seperti menjadikan anak didik sebagai pelapis atau kader-kader pengganas.
            Harus diingat, sesuatu projek atau program yang diatur dengan perancangan yang teliti bukan sahaja bakal melahirkan hasil yang berkualiti bahkan juga ia mampu dilaksanakan dalam kuantiti yang besar serta berupaya membuahkan hasil dalam tempoh yang lebih cepat daripada kebiasaan.
            Justeru, sesiapa pun yang mahu membicara atau membahaskan isu ini, pertama sekali hendaklah bersikap jujur, tidak memihak dan jauhkan dalam hati dan pemikiran unsur-unsur berat sebelah atau berprasangka buruk.
               

Jagindas: kenapa takut dengan bayang-bayang sendiri...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.