Ahad, 11 November 2012

ELAUN SEMBAHYANG


Bagi Menggalakkan Makmum Ke Masjid

TENGAH HARI tadi penulis sempat balik ke kampung kerana menghadiri majlis kenduri kahwin anak seorang rakan lama. Peluang ini penulis ambil untuk bertemu kawan-kawan lama. Banyak benda yang kami bualkan.
            Seorang rakan dikenali sebagi Man membangkitkan kisah masjid dan surau lengang sehingga pernah suatu masa hampir-hampir gagal mendirikan solat Jumaat berikutan tidak cukup makmum sedangkan pada perkiraannya penduduk lelaki yang akil baligh di kampung itu berlebih-lebih.
            Tentang solat Jumaat, memanglah berat masalahnya apalagi kalau memang ahli jemaah dari kariah berkenaan memang berlebih-lebih tetapi tidak mahu hadir. Ini tanggungjawab besar jawatankuasa masjid lah. Jangan pandmag ringan kes ini!
            Bagi masalah surau dan masjid sepi setiap malam apalagi waktu subuh, zohor dan asar, rakan penulis yang lain yang kami panggil Ani pula menyifatkan ada banyak faktor sampingan menyebabkan kejadian itu berlaku selain dari sebab utamanya sikap penduduk kariah itu sendiri yang memandang ringan rukun Islam ke dua itu.
            "Ada sesetengah imam berkelakuan kasar dengan ahli kariah. Ada yang cakap main lepas sahaja sehingga boleh menyakiti hati lantas menyebabkan ahli karian malas nak ke masjid atau surau.
            "Sama ada imam pegawai mahupun jawatankuasa masjid, mereka gagal menarik minat ahli kariah terutama orang muda untuk mengimarahkan masjid. Sebaliknya, mereka lebih menunjukkan muka sombong dan melihat jijik kepada ahli kariah yang tidak bersolat di masjid atau surau," katanya.
            Di sampaing itu, rakan-rakan lain turut memberikan pelbagai reaksi terhadap isu itu yang masing-masing dengan pandangannya sendiri. Namun, isu keceluparan Nurul Izzah yang sedang hangat menjadi bualan politik sekarang tidak dipedulikan mereka kerana menganggap biarlah jabatan agama yang menyelesai dan menanggungnya!
            Oleh kerana soal sembahyang ini memang sensitif, lebih-lebih lagi sembahyang Jumaat, tiba-tiba seorang rakan secara selamba menyarankan supaya kerajaan atau jabatan agama Islam menyediakan elaun khas sembahyang sebanyak RM200 sebulan. Katanya, dengan cara itu dia pasti masjid dan surau pasti akan penuh!
            Dalam hati penulis berkata: Ini, kira dah mengarut dah ni! ada yang tak kena kut?

Jagindas: Ada imam berkecil hati mendengar cadangan tersebut...penulis tahu rakan penulis cuma bergurau sahaja tapi agak kasar sedikit...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.