Isnin, 5 November 2012

MELAYU PUN BOLEH PILIH AGAMA??

MENGUCAPLAH NAK OII....

Mengucaplah Nurul...

APA sudah jadi Nurul Izzah. Berastaghfarlah banyak-banyak. Mohonlah petunjuk daripada Ilahi. Sesungguhnya, jika benarlah kamu berpegang kepada prinsip demikian maka termasuklah kamu ke dalam golongan orang-orang yang sesat   di sini
            Sebagai orang Islam, siapapun sesekali tidak boleh memperendahkan martabat agama suci itu mahupun meringan-ringanknnya. Di Malaysia, orang Melayu sememangnya sudah termaktub dan dipaterikan sebagai manusia yang beragama Islam.
            Memang, tiada paksaan dalam beragama. Namun, setelah seseorang itu menganut agama Islam, maka dia adalah wajib secara mutlak mematuhi apa-apa sahaja yang terkait dalam hukum hakamnya berlandaskan nas al-quran, hadith serta dalil-dalil.
              Justeru, Melayu di negara ini adalah beragama Islam secara mutlak. Meskipun, selepas berusia 21 tahun dan ke atas, seseorang berhak memilih jalannya sendiri, namun tidak dalam beragama bagi orang Melayu. Oleh itu, kebebasan beragama yang disebut dalam perlembagaan adalah dimaksudkan kepada mereka yang lahirnya bukan daripada ibu bapa beragama Islam.
            Kesimpulannya, orang Melayu yang keluar daripada Islam atau memilih agama lain selain Islam, tetap hukumnya murtad. Dan, jika diperhalusi lagi dalam kandungan perlembangaan negara, maka apabila dia terkeluar dari Islam maka luputlah bangsanya sebagai Melayu serta hak-haknya sebagai orang melayu di negara ini.
             Begitu juga mereka (beragama Islam) yang secara sengaja memperendahkan martabat agama Islam sepertimana yang Nurul Izzah lakukan itu juga adalah amat bertentangan dengan hukum Islam. Dan, jika Izzah terlanjur kata, maka hendaklah kamu bertaubat segera. Mudah-mudahan Allah menerima taubat kamu.
            Jelaslah, Izzah telah dipengaruhi oleh fahaman pluralisme dan liberalisme yang secara terang telah menggugat akidah umat Islam. Sebagai orang Islam, kita hendaklah mempertahan apa-apa juga hukum yang telah ditetapkan. Jika tidak mampu mempertahankannya menerusi perbuatan, lawanlah dengan isyarat dan jika dengan isyarat pun tidak mampu juga, maka lawanlah menerusi hati.
            Namun, dalam soal lebian, gay, bisex dan transex (LGBT), Izzah  bukan sahaja tidak menentangnya malah dia juga mahu golongan itu dibela. Astaghfirrullahh...
            Cubaan Izzah menggunakan nas surah al-baqorah  ayat 256 adalah satu cubaan yang merbahaya kerana pentafsiran ayat-ayat quran memerlukan kebijaksanaan dalam ilmu tafsir. Harus diingat, bahawa membaca makna firman mahu pun hadith tidaklah seperti mana membaca tulisan dalam bible atau kitab-kitab seumpamanya atau tidak juga seperti memabaca surat khabar!
            Berpolitiklah sebanyak mana yang kamu mahu tetapi janganlah dipermudah-mudahkan urusan agama Islam melainkan berserta nas dan dalil-dalil yang lengkap. Astaghfirrullahhal'adzimmm, na uzubillahmail zalik.
            Penulis berharap dan berdoa semoga tiada orang melayu dan Islam di negara ini yang terpengaruh dengan kata-kata, pandangan serta prinsip beragama fahaman Nurul Izzah Anwar Ibrahim.


Jagindas: Astaghfirrullahh'aladzimmm..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.