Selasa, 20 November 2012

METER CAJ PARKIR ROSAK


Wajarkah Pengguna Kena Saman??

SECARA prinsipnya penulis memang suka tempat letak kenderaan di ruang yang disediakan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan dengan sedikit caj berbanding memberikan sedikit upah kepada penjaga 'kereta jalanan'. Kadang-kadang membantu mereka itu bagaikan bersubahat dengan kerja-kerja tersembunyi mereka. Bukan menghina, tetapi realitinya ramai kalangan mereka itu adalah kaki botol dan penagih dadah.
            Itu pada waktu berkerja, lain pula pada sebelah malam, mahu tidak mahu terkena juga dengan si mamat pengemis parkir. Suka hatilah, nak bagi boleh tak bagipun boleh. Orang kata 'NO HAL PUNYA'
              Bermakna, kita sedia maklum kalau pemandu kereta tidak mempamerkan tiket caj parkir pada kadar yang wajar atau tidak memasukan syiling ke dalam mesin caj parkir tentulah akan kena sama. Ini pun akan terjadi kalau nasib kurang baik kerana pada hari dan ketika itu pulak si mamat dari unit penguatkuasa majlis daerah/perbandaran berkenaan agak terajin sedikit. Maka, terkenalah kita diberikannya surat cinta.
            Khabarnya, denda maksimum kesalahan tersebut, berbeza-beza antara majlis daerah-majlis daerah / perbandaran bahkan berbeza juga nilainya diantara negeri-negeri.
            Bagitupun, paling tidak saman yang dikenakan adalah RM30.00 dan paling tinggi yang penulis pernah lihat ialah RM150.00.
            Al-kisahnya, seorang rakan telah menerima surat saman daripada sebuah majlis daerah disebabkan beliau meletakan kereta dalam petak yang meter cajnya telah rosak.
            Biasalah, yang kena saman tentu marah apabila kena saman biarpun memang merka telah melakukan kesalahan itu sebenarnya. Namun, ada juga yang marahnya berasas.
            Dalam kes rakan saya ini, katanya beliau tidak akan membayar saman itu. Dan, jika disebabkan itu pula menjadi kesusahan kepada kereta dan lesennya, beliau akan mengheret majlis daerah itu ke mahkamah.
            Penulis agak berkerut dahi juga mendengar bantahannya itu. Pertama, buat apa nak susah-susah untuk kes kecil seperti itu. Kedua, bukannya banyak sangat, cuma RM30. Bak kata orang sekarang caj yang dikenakan itu adalah "saman mampu bayar"
            Dakwanya, beliau tidak melakukan kesalahan dari segi meletakan kereta. Dia juga tidak boleh dianggap sebagai ingkar bayar caj kerana mesin caj parkir telah rosak.
            "Majlis Daerah yang bersalah sebab mengambil kesempatan daripada mesin rosak untuk mengenakan saman. Mengapa pihak Majlis tidak membaikinya.Tidak adil sekiranya disebabkan mesin caj rosak maka ruang parking mesti dikosongkan jika tidak mahu di saman. Senang cerita, mana-mana satu dua mesin caj yang rosak itu anggaplah yang tapak parkir tersebut sebagai bonus kepada penggunanya selagi ia tidak diperbaiki", katanya dengan nada perli.
            Penulis, no komenlah dalam kes rakan itu. Tetapi fikir-fikir balik betul juga dakwaannya itu. Majlis yang salah sebab tidak baiki mesin, pengguna pulak yang kena saman!
            Kita tengoklah nanti apa hasilnya.

Jagindas: Banyak kali kena dah. Sambil-sambil menulis tadi sempat juga tengok cerita ini.. klik di sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.