Berdoalah dengan lemah lembut... |
Umat Islam Sedang Dikelirukan
SEBELUM ini, dalam tulisan terdahulu
penulis ada mengatakan akan mengulas sedikit sebanyak sebaik sahaja sidang
muktamar Pas selesai. Seperti yang khalayak sedia maklum, sidang muktamar Pas
kali ini memang memanaskan telinga, hati dan mengguris banyak jiwa khususnya
orang Islam.
Ketika Palestin
terus dihenyak yahudi Israel tanpa belas dan masyarakat Islam dunia tidak putus-putus
bermohon kepada Allah agar memberikan kekuatan kepada mereka lantas melaknati
kaum yahudi, di Malaysia pula sekumpulan manusia Islam menderaukan doa mereka
agar Umno hancur berikutan kepercayaan mereka bahawa golongan itu (umno) sudah
murtad.
Sedangkan
kedua-dua golongan itu adalah dari satu kaum iaitu Melayu dan beragama Islam. Semuanya
itu berlaku disebabkan desakan nafsu serakah yang tidak berperi kemanusiaan dan
tiadak pertimbangan yang waras.
Bagi Israel,
kaum yang bertuhankan nafsu dunia itu tidak akan berputus asa untuk mempertidakkan
kewujudan umat Palestin sekaligus memberi bayangan kepada umat Islam di seluruh
dunia bahawa itulah juga perjuangan seterus mereka hingga kiamat.
Manakala Pas
pula yang sedang asyik hanyut ditunggang oleh nafsu politik yang mendorongnya terlalu
amat ingin menguasai pemerintahan negara yang kononnya mereka sahajalah yang sebenar-benarnya
pemilik kerajaan berlandaskan syiar Islam yang direstui oleh Allah, Nabi (saw)
dan para Anbia' serta para Syuhada.
Lantas,
seorang rakan ketika membincangkan isu itu petang tadi berkata, dari segi
moralnya Malaysia sendiri sedang menghadapi pergolakan yang dahsyat sesama
Islam yang mana kalau tidak dikawal akan memusnahkan umat Islam melayu itu
sendiri di bumi bertuah ini.
Berlainan
dengan Palestin, katanya rakyat di negara itu memang jelas diperangi dan
dizalimi oleh kaum yang sememangnya Allah Taala benci iaitu Yahudi. Jelasnya,
pergolakan mereka (Palestin-Israel) adalah nyata antara Islam dan Yahudi (yang
berbeza agama) sedangkan kita di sini adalah sesama Islam. Justeru, menurutnya masalah
pergolakan di negara ketika ini adalah disifatkan lebih dahsyat berbanding
penderitaan rakyat Palestin.
Katannya,
dari segi keutamaan, wajarlah kita menyelesaikan masalah perpaduan serta
iktiqad orang-orang Islam di negara ini terlebih dahulu sebelum membantu negara
lain.
Namun menurutnya,
menerusi pertolongan ghaib apa salahnya di samping mendoakan kesejahteraan umat
Islam di sini kita juga turut merakamkan doa khas untuk penduduk Palestin agar
mereka dilindungi Allah Taala dan pada masa sama mudah-mudahan turunlah laknat
Allah terhadap kaum yahudi yang hina.
Ada orang yang
mempersoalkan mengapa Amerika senyap sepi sahaja ketika puluhan (mungkin akan
cecah ratusan) rakyat palestin mati berikutan kekejaman serangan Yahudi Israel
sejak seminggu yang lalu.
Demikian
juga, bagi kes di Malaysia sempena muktamar Pas baru-baru ini tiada kaum lain
yang bukan bergama Islam mengutuk perbuatan Pas mendoakan terhadap kehancuran
Umno dan Barisan Nasional (BN).
Kenapa?
Jawapan mudahnya bagi kedua-dua kes itu adalah kerana itu adalah sekutu mereka.
Sekutu mestilah menyokong sekutunya biarpun secara senyap atau diam. Sebagai
contoh lagi, paling hampir dengan kita, apa jadi dengan pejuang hak asasi
manusia, Au San Suu Kyi, terhadap
isu ethnik Islam Rohinga di negaranya sendiri, Myanmar. Suu Kyi terus berdiam diri tanpa sebarang
reaksi yang meyakinkan jauh sekali memberi bayangan untuk membantu atau
menyelesaikan masalah tersebut.
Kenapa?
Kerana mereka (ethnik Rohingya) itu adalah Islam dan Suu Kyi kini dalam genggaman
Amerika. Pusinglah ikut manapun, itu jugalah jawapannya!
Penulis juga
tidak boleh lari untuk mengelak daripada membuat soalan demi soalan. Teknik
penulisan dan penyampaian yang penulis sendiri agak kurang suka. Justeru,
apakah kesudahnya kita ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.