Pas: Umno Kafir, Murtad
NIK AZIZ: ..... maka Umno agama apa? |
TIDAK pun sampai 48 jam jemaah Pas mendoakan kehancuran
saudara sesama Islamnya, jemaah Umno, semalam pula Mursyidul Am Pas, Tuan Guru
Haji Nik Aziz Nik Mat, pula menyimpulkan bahawa Umno adalah murtad. Sambil
mempersoalkan agama apa yang dianuti Umno berikutan Pas dipetik sebagai berkata
Umno menolak ajaran Islam (hukum hudud) sekali gus mengecap orang Islam dalam
Umno tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan kepimpinannya.
Berikutan
tindakan Pas itu, beberapa pemimpin Umno bahkan kalangan awam termasuk ulamak
berkecuali turut melahirkan rasa kesal dan sedih kerana hukuman yang
dilemparkan oleh pemimpin Pas itu amat berat lagi menyesatkan. menjadi tambah runcing apabila baru-baru
inipula Naib Presiden Pakatan Rakyat (PR), Nurul Izzah, terlanjur mengumumkan
semacam fatwa bahawa sesiapa pun bebas memilih agamanya sendiri termasuk orang
melayu.
Penulis
tidak mengecap Pas khususnya, Nik Aziz dan sekutunya sebagai gila namun
perbuatan dan tingkahlakunya itu memang menampakan macam orang gila. Ramai yang
seusia dengan Nik Aziz telah nyanyuk dan beruntunglah bagi mereka kerana Tuhan
tidak lagi mengira salah dan silap berikutan menurut ulamak mereka telah
terkeluar daripada hukum malah setiap usia yang dilaluinya Allah akan mengira
kebaikan yang pernah dibuatnya semasa dia dalam keadaan waras sebelum ini,
Wallahhu'allam. Namun, apakah kedudukannya bagi Nik Aziz yang masih waras
tetapi melakukan kerja-kerja 'gila' tidak sudah-sudah? Dari mengkafikan orang
Umno, kemudian mendoakan kehancurannya hinggalah menghukum Umno sebagai murtad!
Begitupun,
jemaah Umno dan khalayak yang masih waras menilai perbuatan Nik Aziz itu tetap
mendoakan kesejahteraan serta memohon semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya
kepada mereka yang terbabit. Mudah-mudahan kesesatan mereka itu tidak
dikekalkan. Amin.
Itulah sebabnya
dalam beberapa tulisan sebelum ini penulis beberapa kali menekankan bahawa ilmu
dan akal itu adalah dua unsur yang tidak sama. Ilmu tidak boleh mengimbangi
akal tetapi sebaliknya akal yang sempurna bertindak menyusun atur keupayaan
ilmu. Bahawa, dengan kata lain ilmu yang baik akan menjadi seburuk-buruk harta
jika diterajui oleh akal yang jahat. Malah, lebih bertuahlah bagi merka yang
berilmu (yang baik-baik) tetapi tidak berbuat apa-apa dek kerana akalnya yang
kosong, disebabkan mereka tidak mengganggu atau mempengaruhi (kejalan yang
sesat) sesiapa pun.
Kebimbangan
kerajaan terhadap generasi muda (Islam) hari ini yang dikhuatiri akan mengambil
pendirian remeh terhadap isu kemurtadan dan kebebasan beragama memang ada
asasnya.
Tarik
menarik mendakwa bahawa pihaknya sahaja yang betul dan wajar diikuti dengan
bersandarkan kepada tafsiran-tafsiran yang dhaif serta naif bagi mencari jalan keluar menambahkan
ketegangan. Seperti biasa, manusia memang suka kepada yang mudah-mudah sebagai
jalan keluar dan bagi tujuan mengelak daripada tangungjawab hakiki. Itulah juga
sebabnya mengapa mudahnya manusia mengikuti beberapa ajaran sesat seperti
ajaran Guru Yahya, Al-Arqam, Ayah Pin dan banyak lagi.
Masyarakat
bukan Islam yang sejak lama memerhati gelagat manusia Islam di negara ini
barangkali sudah tidak mampu lagi hendak tersenyum simpul mahupun ketawa besar.
Namun, tepuk tangan tanda melihat sebuah keruntuhan akan berlaku barangkali
tidak pernah dilupakan.
Demikian
juga masyarakat antara bangsa. Ketika ini mereka terpaksa menghabiskan wang
berbilion-bilion untuk melaga dan menghancurkan umat Islam, Tetapi dengan
berlakunya fenomena tersendiri politik di negara ini memberikan mereka ruang
yang amat mudah untuk menghancurkan Melayu dan Islam. Dan, dalam hubungan itu
sudah tentu mereka akan memilih Pas sebagai wadah dan mediumnya berikutan
kerapuhan serta kerakusan jemaah itu dalam menggerakkan politik bersalutkan agama.
Manakala sekutu-sekutunya adalah penampan yang telah lama bersedia ke arah itu.
Dengan kata lain mereka telah menyediakan ruang dan peluang kepada anasir luar
untuk bertapak menghancurkan Melayu dan Islam.
Ramai yang
pandai bercakap bahawa permainan yahudi untuk meresap ke jiwa orang Islam amat
halus, sabar dan amat sukar untuk dirasai. Namun, berapa ramaikah pula yang
benar-benar sedar apatah lagi menyedari dirinya sudahpun dipergunakan oleh
anasir asing.
Bacalah
sejarah, bagaimana dulunya Filipina adalah sebuah negara Islam tetapi
kebijaksanaan dan kealpaan pepemerintah di kala itu sehingga Kristian berjaya
menolak Islam. Peristiwa sama hampir-hampir sahaja berlaku kepada kerajaan
Melayu Melaka, namun dengan izin Allah, dan keberkatan raja-raja serta para
ulamak terdahulu, Islam masih menggungguli agama suci di negara ini sehinggalah
hari ini.
Harus
diingat,penulis bukanlah fanatik kepada Umno tidak juga membenci Pas secara
total. Pun begitu, tidak kira apa fahaman politik saudara-saudara, saya menyeru
agar unsur-unsur keberantakkan seperti yang membabitkan agama (Islam) hendaklah
dijauhi sama sekali. Berpolitiklah seada-adanya tetapi jangan jadikan agama
sebagai galang ganti untuk memaparkan kununnya kitalah yang berada dipihak yang
benar tetapi sebenarnya adalah sebagai wadah untuk menutupi kelemahan-kelemahan
yang sememangnya amat terserlah.
Jagindas: Astaghfirullahhal 'adzim...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.