Pooooooraahhhhhh! |
Jika Tidak, Anda Sebenarnya Mengundang
Bala'
APABILA Tun Mahathir atau mana-mana
pemimpin melayu yang bercakap tentang hak-hak tertentu orang melayu, itu
bukannya percakapan perkauman. Kerana pada masa sama mereka juga tidak
menafikan hak-hak orang bukan melayu. Kalau mereka menafikan hak orang lain,
barulah dikatakan perkauman.
Lagipun,
kalau hak kaum lain dinafikan, tidaklah golongan berkenaan hidup mewah seperti
yang dinikmati sekarang. Dari segi pendidikan misalnya, nama sahaja sekolah
jenis kebangsaan (bantuan modal), tetapi tarafnya sudah sama dengan sekolah
kebangsaan kerajaan (berbantuan kerajaan sepenuhnya).
Habis sudah apa-apa yang terakru dalam perlembagaan dan
dasar pendidikan negara di rombak sepenuhnya demi menjaga kaum-kaum lain.
Sekali gus ini bermakna bukan sahaja hak kaum lain dijaga dengan rapi malah
sebahagian yang tidak sepatutnya diserah telah diserahkan dengan reda dan rela hati
orang-orang melayu. Bak kata orang melayu, yang dalam mulut pun diluah dan
diberikan kepada orang lain. Nak macam mana lagi baiknya orang melayu di
Malaysia ini!
Itulah
sebabnya Tun Mahathir berkata: Orang Melayu ternyata terlalu bermurah hati apabila sanggup menerima 'orang
asing' sebagai sebahagian daripada rakyat negara ini dan sanggup untuk
berkongsi kuasa dalam mentadbir negara. Malah katanya, hak dan kepentingan
mereka juga selama ini dijaga dan terjamin sehingga membolehkan mereka bebas
untuk mengamalkan budaya serta bahasa sendiri.
"Tidak ada bangsa
lain seperti orang Melayu yang terlalu bermurah hati. Kita beri ruang untuk bersama
dengan mereka sehingga sanggup menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada
Malaysia.
"Namun, mereka
meminta lebih daripada itu sehingga hak-hak dan peruntukan untuk orang Melayu
juga dipertikaikan. Bila kita sebut pasal ini mereka menuduh kita rasis, tetapi
apabila mereka meminta sesuatu untuk mereka tidak pula dilihat rasis,"
katanya. [lanjut klik di
sini]
Vell
Paari anak Samy Vellu, sewajarnya cermin diri dan fahami bahasa sebelum membuat
sebarang kenyataan berbentuk global. Sebenarnya, kenyataan kamulah yang
bersifat mencabar "orang melayu". Maaf cakaplah, semua itu adalah cakap-cakap
nak cari gaduh! Bila orang kata kamu bahlol, kamu marah. Tapi hakikatnya
memanglah bahlol. Tidak faham yang mana satu dikatakan perkauman dan yang mana
pula yang dikatakan hak dan perjuangan. [baca di
sini]
Vell Paari, kamu dilahir dan dibesarkan dalam keadaan mewah kerana bapak kamu orang kuat MIC dan berjawatan menteri. Ada orang kata, empat kali hidup dan empat kali matipun harta bapak kamu tak akan habis. Kamupun mungkin tidak begitu memahami selok belok, latar belakang dan asal usul kependudukan serta politik tanah air ini dengan jelas. Janganlah mahu menjadi jaguh, mendabik dada hanya dengan bersandarkan populariti bapak kamu.
Vell Paari, kamu dilahir dan dibesarkan dalam keadaan mewah kerana bapak kamu orang kuat MIC dan berjawatan menteri. Ada orang kata, empat kali hidup dan empat kali matipun harta bapak kamu tak akan habis. Kamupun mungkin tidak begitu memahami selok belok, latar belakang dan asal usul kependudukan serta politik tanah air ini dengan jelas. Janganlah mahu menjadi jaguh, mendabik dada hanya dengan bersandarkan populariti bapak kamu.
Justeru,
bukan Tun Mahathir yang perlu disergah tetapi kamu dan sekongkol kamulah yang
perlu berwaspada serta teliti dalam berkata-kata. Kita faham, dari segi nisbah,
kedudukan orang melayu berbanding India dan Cina masih terkebawah. Tetapi
sesuatu yang perlu kamu tanamkan dalam minda dan hati kamu adalah orang Melayu
masih belum bersedia menerima orang bukan Melayu menjadi ketua negara ini.
Meskipun Datuk Seri Najib kata, kekayaan negara menjadi milik semua, ibarat kek
kita makan bersama-sama, kenyataan itu tidak semestinya tiada lagi batas hak
bagi orang Melayu di negara ini. Yang itu kamu mesti faham sefaham fahamnya.
Jagindas: Merah mata!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.