Selasa, 22 Januari 2013

BETUL TU TOK HIM, TERUSKAN AMBO SOKONG 1000%

Naik Tocang Pulak Puak-Puak Ni!
Nak sangat ke?

PENULIS menyokong amat amaran daripada Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, yang mahu pengikutnya tidak memberikan sokongan (undi) kepada calon MIC dan MCA dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13) nanti.
            Amaran itu dibuat disebabkan prmimpin kompenan Barisan Nasional (BN) itu menempelak dan meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap Perkasa berikutan NGO itu mengajak umat Islam membakar kitab Injil (dengan maksud: dalam versi melayu dan menggunakan perkataan Allah).
            Ibrahim mendakwa pemimpin parti kompenan itu sengaja menyalah tafsir maksud Injil yang diucapkan olehnya sebagai Injil yang sebenar atau kitab asal [selanjutnya di sini].
            Bagi penulis, sikap puak-puak ini suka menyalah tafsir memang kerap berlaku terutama bagi kes-kes yang mereka ada kepentingan. Dalam kes ini, pemimpin berkenaan bukannya tidak tahu bahawa ketikanya sedang rancak dibahaskan adalah Kitab Injil versi Melayu yang didalamnya menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan daripada perkataan God dan Lord.
            Namun, oleh kerana semasa berucap, Ibrahim tidak menyebut versi baru langsung pemimpin terbabit mengambil kesempatan bahawa Tok Him menyeru membakar seluruh kitab Injil termasuklah yang asal. Padahal, kalau mereka berasa sangsi sekalipun, mereka boleh mendapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum mewujudkan suasana 'tegang!' Barangkali dek kerana Tok Him itu orang Bebas bukan orang BN. Tapi dia lupa, kemarahan Tok Him itu bersifat global atas kepentingan agama rasmi negara iaitu agama Islam. Apa salahnya?
            Ketika Umno bertegang leher membantah penggunaan perkataan Allah dalam kitab bible versi melayu, tidak pernah pulak sekalipun terdengar pemimpin MIC dan MCA cuba-cuba menyokong suara Umno. Demikian juga apabila Guan Eng mahu kerajaan 'menglobalkan' bible versi melayu, tidak terdengar pun suara-suara kerabat Umno itu menempelak gesaan Guan Eng itu! Apa maknanya? Ingat orang melayu (Islam) semakin bodoh dan bahalol macam kamu ke?? Kerana melayu itu kebanyakannya miskin, maka kamu berkesimpulan melayu itu bodoh dan boleh diperkotak-katikan? Begitukan? Begitu!
            Vell Paari anak Samy Vellu, memang dilihat sudah melebih-lebih. Justeru, orang-orang Umno pun kena faham juga perangai anak Samy Vellu yang bodoh sombong ini. Kalau susah susah sangat hendak mengajar budak ini, ikut sajalah rentak Perkasa. Kalau disebabkan itu kita akan kalah, bagi penulis ia adalah kekalahan 'gentlement' penuh bermaruah.  Bahawa, antara maruah dan kuasa, kita mesti pilih maruah! Wajib memelihara marwah apalagi yang bersangkutan dengan agama Islam.
            Sejajar dengan itu, penulis merakamkan syukur, syabas dan tahniah atas kebulatan pendirian Pas yang menolak sekeras-kerasnya gesaan Karpal Singh yang mahu sekutunya itu (Pas) menarik semula keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura bersabit isu penggunaan kalimah Allah dalam bible versi melayu. Pusingan 'U' yang dibuat oleh Pas ini memang sewajar-wajarnya dihormati. Bukan atas kapasiti politik tetapi demi kesucian dan maruah agama Islam khususnya di Malaysia. Syabas!
            Orang Islam perlu kena banyak belajar daripada beberapa isu berkaitan agama kita yang adakalanya semacam memang sengaja dicetuskan oleh puak-puak bukan Islam. Parti, parti juga! Islam tetap Islam.! TAKBIR! ALLAH huakbar (3x)!


Jagindas: Betul jugalah kata seorang pembaca yang menghantar sms kepada penulis yang katanya: "....kalau terjumpa serentak ular dengan orang India (bukan Islam), maka....." (sambung sendirilah. nanti ada pulak yang salah faham, panjang pulak ceritanya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.