Ahad, 13 Januari 2013

TAHNIAH ANWAR, KERANA JAYAKAN SEBUAH PERHIMPUNAN BESAR


Syukur Kepada Allah Kerana Berlangsung Dengan Aman

AKHIRNYA, dapatlah juga Anwar Ibrahim merasai sebagai mana yang dirasai oleh Najib dan Muhyiddin iaitu berucap dihadapan berpuluh ribu manusia dengan membawa mesej "masa depan kerajaannya". Sudah lama Anwar tidak merasai dibesar-besarkan seperti itu sejak beliau turun dari takhta politik Barisan Nasional (BN).
            Tahniahlah Anwar kerana atas sokongan pelbagai pihak, akhirnya saudara dapat juga mendepani kira-kira 80,000 manusia yang setia dengan sumpah, janji serta ikrar saudara. Syabas! Itupun ada pihak kata pihak polis kecilkan jumlah manusia yang berhimpunkepada 45,000 orang. Tidak kisahlah, yang penting semua hasrat telah tercapai barangkali juga semua hajat makin nak sampai.!
             Macam orang-orang BN juga, di mana ada Najib atau Muhyiddin, di situ tentunya ramai orang. Mereka datang dan didatangkan dari segenap pelusuk. Najib pun gembira, orang-orang BN pun gembira. Agak-agaknya, adakah jumlah kehadiran manusia itu dibesar-besarkan oleh pihak polis? Kalau perhimpunan pembangkang dikecil-kecilkan barangkali perhimpunan BN dibesar-besarkan. Begitukah?
            Apapun, sebesar mana jumlah yang berhimpun mahupun sebaliknya, yang paling mustahak adakah mereka itu sudah mendaftar sebagai pengundi dan akan turun mengundi. Kalau yang datang hanya sebagai memenuhi ruang dan menggamatkan laungan padahal mereka tidak layak pun mengundi tidak ada gunanya memperbesar atau mengecil-ngecilkan jumlah orang berhimpun.
            Lagi malanglah, bagi mereka yang sudah layak dan berdaftar sebagai pengundi, namun pada hari yang wajibnya mereka langsung tidak mempedulikan majlis besar dan amat bermakna itu. Adakah tuan-tuan, sama ada BN mahupun pembangkang sudah memastikan faktor keajaiban ini?
            Selagi ia diluluskan undang-undang dan selagi tuan-tuan tidak melanggar undang-undang berhimpunlah sebanyak mana tuan-tuan hendak berhimpun. Rakyat pun sudah lali dengan perkara-perkara ini setelah ia begitu kerap dilakukan dan berlaku. Cuma, sesiapapun yang mengepalai perhimpunan janganlah nanti majlis yang sebesar itu menjadi perhimpunan syok sendiri. Mesti ada makna dan timbal baliknya setelah wang dan penat lelah kita curahkan. Kalau kerajaan yang berbuat demikian dikatakan menggunakan wang rakyat, maka perhimpunan yang dianjurkan oleh puak pembangkang agaknya menggunakan wang siapa? Bukan sedikit jumlahnya. Bukan apa, elok juga semua orang tahu supaya tatkala menilai rakyat dapat menilai secara keseluruhan. Telus dan integriti!
            Perhimpunan Shamsidar! Mengapa perlu dinamakan perhimpunan Shamsidar sedangkan dia cumalah saksi yang dijemput atas kapasiti orang yang dijangka tahu menahu terhadap kes yang dihadapkan ke mahkamah. Rasanya, kedudukan dan statusnya samalah dengan sesiapa sahaja yang disapina sebagai saksi bagi lain-lain kes. Lalu, mengapa pula Anwar (atau orang-orangnya) beria-ia benar menggunakan kes itu sehingga membawa kepada satu perhimpunan yang agak besar juga? Apa masalahnya? Bukan apa, khalayak yang kurang arif tentang undang-undang hendak juga tahu. Ini kerana ia juga dirasakan pelik sedang Azmin sendiri tidak menyalak pun yang isterinya disapina seperti itu.
            Bahkan, ucapan Anwar juga tidak menyebut hal-hal berkaitan Shamsidar. Ucapan Anwar lebih kepada kehendak politik dan . Begitu juga dengan sahabat handainya Mat Sabu serta yang lain-lain.
            Malah kandungan deklarasi hasil perhimpunan itu juga lebih kepada isu politik, rakyat dan pilihanraya, tidak langsung menyebut hal ehwal Shamsidar. Semudah itu nama seseorang dipergunakan? Dan, Shamsidar seronok sangatkah dibegitukan?
            Bercakap tentang ketelusan dan kejujuran, apakah perhimpunan yang berakhir petang tadi benar-benar telah dilaksanakan dengan jujur dan penuh integriti.?


Jagindas: Himpunkan anak-anak di hujung minggu sumbat pemikiran mereka tentang arah tuju bangsa dan masa depan agama Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.