Apabila JPJ Bertindak Gila!
SEBELUM ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
dimalukan apabila empat angota dikatakan gagal mematuhi presedur operasi standard
(SOP) sehingga menyebabkan sembilan orang kena tuduh (OKT) berjaya meloloskan
diri. Tambah memalukan apabila empat anggota terbabit dicederakan termasuk di
simbah dengan serbuk cili. [cerita asalnya di
sini]
Manakala
semalam, sebuah lagi agensi penting jabatan kerajaan iaitu Jabatan Pengangkutan
Jalan raya (JPJ) turut dimalukan akibat pegawainya terlalu 'ghairah' untuk
mengambil tindakan terhadap "pesalah" jalanraya sehingga membahayakan
nyawa orang ramai selain merosakan banyak kenderaan awam. [berita awalnya di
sini]
Nampaknya
satu persatu pihak penguatkuasa kena 'attack'. Berdasarkan cara 'attack' itu ia
bagaikan seperti ada dendam lama ibarat bisul menanti pecahnya. Apakah selepas ini
beberapa pihak berkuasa lain pula sedang menunggu gilirannya? Mudah-mudahan
tidak.
Sebelum
ini, penjenayah menyerang hendap pegawai kastam dan imegresen juga pernah
dipaparkan di media. Begitu juga serangan orang awam kepada pegawai-pegawai
penguatkuasa majlis kerajaan tempatan. Kes ini disifatkan terpencil namun tidak
mustahil ia akan menjadi virus kanser yang tanpa disedari ia terus menjadi ke tahap
empat. Tahu apa itu kanser tahap 4? Tanyalah doktor atau pesakit berkenaan.
Akhbar
dan media massa lain mungkin tidak berminat membincangkan hal ini secara
panjang lebar namun khalayak di kedai kopi dan tempat-tempat orang berhimpun,
tajuk ini rancak dibualkan. Macam-macam versi dan tuduhan boleh didengar. Ada
yang boleh dengar sahaja buat penglipur lara menemani secangkir kopi malah
tidak kurang juga ada kebenarannya meskipun buktinya kurang jelas atau sukar
dijelaskan.
Yang
jelas, dalam kes terbarun itu (JPJ kena amuk) pegawai dan kakitangan terbabit telah
menjalankan tugas tidak mengikut SOP yang ditetapkan. Senang cakap lebih lagak
dari tugasan. Barangkali mereka sedang berangan yang aksi mereka dirakam dalam
satu penggambaran lagak ngeri. Barangkali juga mereka terikut-ikut dengan
lakunan wayang-wayang daripada Hollywood. (kalaulah betul yang dilaporkan
akhbar-akhbar titik mula berlakunya peristiwa itu)
Kereta-kereta
yang terperangkap satu hal. Walaupun mereka berhak menuntut kerugian daripada
insuran, namun kereta terbabit tetap tidak seperti asal. Malah turut mengganggu
aktiviti harian pemiliknya. Belum termasuk kesan trauma terutama yang
membabitkan kanak-kanak.
Yang
amat dikesali, bagaimana dengan mereka yang sedang kritikal akibat kemalangan
'ad-hoc' itu? Barangkali juga ada antara mangsa terbabit sedang menunggu malaikat-maut!
Apa solusinya jika maut menjemput mangsa yang tidak bersalah itu? Bolehkah
pemandu atau kesemua angota JPJ itu dituduh di bawah seksyen membunuh tanpa
niat atau memandu dalam keadaan membahayakan orang ramai selain daripada
menjalankan tugas tidak mematuhi SOP?!
Justeru,
pegawai JPJ terbabit juga bagi penulis perlu digantung kerja sebagaimana empat
pegawai polis yang 'meloloskan' sembilan penjenayah di Pulau Pinang sebelum
ini.
Jagindas: Dalam sembang polemik di kedai kopi ramai yang teringat
kata Tan Seri Musa Hassan [di
sini]......
Tonton video di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.