Ahad, 10 Februari 2013

APALAH SALAHNYA BERBAHASA INDAH...

Boucer ini kerajaan pusat yang bagi, bukan UMNO!

Hilangkah Martabat Jika Berbahasa, Berlembut Budi?

SEDANG penulis menghirup kopi 'O' di sebuah gerai pagi tadi, sekonyong-konyong datanglah seorang penduduk duduk semeja untuk minum bersama penulis. Penulis kenal dia. Dia orang kampung berkerja sendiri. Sudah berkeluarga dan berpendapatan ala kadar menanggung empat orang anak dan seorang isteri.
            Katanya, dia baru balik dari pejabat UMNO Bahagian untuk mendapatkan banguan Ketua Umno Bahagian berkenaan mengenai pengambilan boucer BR1M yang sudah terlepas tarikh.
            Sesampainya di pejabat Umno itu, dia terus meminta izin untuk bertemu Dato' ....yang kebetulan berada di pejabatnya ketika itu:

Penduduk:  Assalamualaikum Dato' (seterusnya memberi tahu maksud dia datang berjumpa)

Datuk: (Dengan suara yang tinggi dan memandang ragu)- Awak kenal siapa saya?

Penduduk: Kenal, Datuk. Saya Kenal.

Datuk: (Nada keras) - Awak tinggal di mana?

Penduduk: (di........)

Datuk: Awak kenal sipolan sipolan?

Penduduk: Kenal Datuk, dia dekat dengan rumah saya.

Datuk: (masih ragu dan tinggi suara) - Awak kenal saya tak?

Penduduk: Kenal, Datuk. Saya kenal.

Datuk: Apa hal?

Penduduk: (mengulang semula ayat pertama dia bercakap tadi..)

Datuk: (Mencatatkan sesuatu pada surat) - Pergi ke sana dan sebut nama saya.

            "Mak datok, macam itu rupanya Ketua Bahagian bercakap dengan orang kampung?" Kata pemuda itu yang menampakan air muka yang begitu jijik mengenangkan sikap dan cara Datuk... melayan beliau sebentar tadi.
            Sebenarnya begitulah perihal Datuk... yang menjadi buah mulut penduduk tempatan sejak lama lagi... Tapi, jangan cari pasal weh, beliau adalah orang yang Umno sayang serta menjadi kepercayaan pusat dan negeri...Jangan lawan weh,!
            Lagipun, pengundi hanya besar dan berkuasa semasa mengundi sahaja, sebaik sahaja seseorang wakil rakyat ditabalkan selepas pilihanraya, maka wakil rakyatlah yang paling besar. Termasuk besar kepala!
            Sendiri mahu ingatlah...


Jagindas:  Ada ketua Bahagian yang perasan Umno di Bahagian itu macam bapak dia punya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.