DS Ahmad Shabery Cheek..Jangan
dibiarkan bebudak tu bermaharaja lela..
|
Jangan Menyusahkan Orang Lain
MUAK DAN GELI! Ek (action) saja lebih. Cakap
banyak. Ujung-ujungnya semua itu untuk menutup kelemanah dan kerakusan sendiri.
Itulah perasaan dan cita rasa penulis terhadap hal ehwal sukan negara kita
sekarang. Sejak dulupun. Kadang-kadang, pencapaian yang pernah di capai sebelum
ini dirasakan diperolehi secara kebetulan dan berkat gigih pemain sahaja...
Rasanya
penulis tidak keseorangan. Barangkali,
ramai yang berpandangan seperti itu.
Antaranya yang membuat bengkak diperut adalah benda-benda macam ini di sini dan di
sini
Bak kata seorang rakan: dalam dunia
hari ini yang penting cuma dua aksara sahaja iaitu 'B' dan 'D'. Tak ada A, C
dan seterusnya Z. Penulis tanya apa maksudnya B dan D tu?
Dia
kata: "B tu B***T dan D tu DUIT. Disebabkan dua benda inilah
ramai yang kelabu mata kelabu hidup. Serban melintang pun gugur
dibuatnya," katanya.
Dalam
kes Rajagobal pulak, penulis nasihatkan anda janganlah nanti jadi Raja Kelawar
ke, Raja Diamond ke atau Raja Lekuk ! Bukanlah bermakna apa yang dicakapkan Prof. Koo
Kay Kim itu benar semuanya tetapi itulah hakikatnya lebih-lebih lagi sejak
akhir-akhir ini terhadap pasukan bola sepak negara khususnya Harimau Malaya.
Huh, nama gah!
Jagindas: SPRM, balun sampai kong!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.