WONG TACK ... Gua salah oo |
Boleh Percaya ke???
JUMAAT lalu, penulis ada mengulas sedikit
mengenai si-biadap pejuang 'Himpunan Hijau' Wong Tack yang mengancam akan
membakar kilang nadir bumi di Gebeng, Kuantan, Pahang. Sejajar itu, penulis
mahu beliau ditahan di bawah akta Tahanan Keselamatan Dan Kes-Kes Khas.
Semalam
juga, dalam satu ucapannya sempena kempen DAP-nya, beliau tersedar dari kebongkakannya
dan langsung memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Ye ke ni? Boleh percaya ke? di sini
Tapi
biasalah, di Malaysia ini sebiadap mana sekalipun seseorang rakyat negara ini bahkan
rakyat asing sekalipun, segala-galanya akan jadi cair hanya dengan
"permohonan maaf". Apa lagi siap dengan lakunan serta teriak tangis
kesal dan bebal. Namun, orang Melayu jangan cuba-cuba pulak...
Sejak
akhir-akhir ini, kes-kes bacul kemudian mintak maaf seperti yang dibuat Wong
Tack ini memang banyak. Ia semacam sudah menjadi gurauan dan mainan pulak...
O.K.lah,
itu pilihan anda. Barangkali itulah juga pilihan yang ada. Silakan! Wong Tack,
tahniahlah. Walaupun lu sudah minta maaf tunduk dua kali, namun pada dasarnya
lu sudah menang kalah mati!
Jagindas: Minyak dengan air tak akan bercampur...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.