Mustahil Soal Keselamatan Pun Kerajaan Nak
Swastakan
PENULIS tidak
pasti sama ada ini berlaku secara kebetulan dan adakah ianya dilakukan oleh
agensi yang sah di sisi undang-undang. Yang penulis maksudkan secara kebetulan adalah ketika ini negara
sedang bersiapsiaga menghadapi pilihanraya umum ke 13 (PRU13) dan pada masa
sama pula negara sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara berikutan
kebiadapan serangan daripada penceroboh bersenjata kumpulan yang mengaku
kesultanan sulu dari Filipina. Malah ada cakap-cakap mengatakan pihak tidak
bertanggung jawab akan menimbulkan huru hara ketika mahupun selepas pilihanraya
dilaksanakan nanti.
Apa yang penulis maksudkan adalah
sedang rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada masalah keselamatan negara,
penulis mendapat panggilan menerusi telefon bimbit penulis yang kononnya pihak berkenaan mengakui ia daripada
agensi keselamatan yang mahu membuat soal selidik atau tinjauan umum terhadap situasi
negara masa kini. Penulis juga percaya ramai yang mendapat panggilan misteri
ini. Barangkali ramai juga yang sudah terlepas cakap!
Penulis
terfikir, semudah itukah kita harus bercakap tentang masalah keselamatan
menerusi telefon sedang kita tidak tahu menahu dengan siapa kita bercakap.
Apakah maklumat pengenalan diri yang diberikan si-pemanggil adalah sesuatu yang
benar atau mungkin juga menyamar?
Oleh
kerana bimbang apa yang dibualkan nanti akan dimanipulasi atau dijadikan
perangkap, lantas penulis mengambil jalan tengah memberitahu si-pemanggil
bahawa penulis belum bersedia untuk memberikan sebarang komen.
Hanya
dengan jawapan itu, si-pemanggil mengucapkan terima kasih dan terus meletakan
telefon.
Katakanlah
agensi berkenaan adalah sahih wujud dan sah di segi perundangan, apakah kajian
soal selidik apatah lagi berkaitan keselamatan negara semudah itu dilakukan
menerusi panggilan telefon? Kedua, tidakkah ini memberitahu bahawa maklumat
peribadi seseorang (contohnya penulis) telah bocor berikutan penulis sendiri
tidak tahu menahu hal-ehwal agensi tersebut apatah lagi langsung tiada membuat
sebarang bisnis dengannya?
Pasti
sekali, sesiapapun akan ragu-ragu: apa,
siapa dan apakah sebenarnya pemanggil misteri itu.
Justeru,
penulis mengingatkan kepada semua agar tidak melayan sebarang panggilan
daripada orang atau agensi yang kita tidak kenali atau nombor telefon yang kita
tidak pernah berbuat bisnis dengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.