ATAS: DS Mohamad Hasan
BAWAH: Siapa lagi...
|
Tenang Dan Cerialah
Ketika Berbicara
SEJAK seminggu yang lalu, buletin jam 8.00 malam di TV3 memaparkan satu
slot temubual dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Datuk Seri Mohamad Hasan, mengenai pembangunan negeri itu
dan projek-projek pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan. Sekali gus berita
seumpama itu dipercayai akan menggerunkan pihak lawan dalam menghadapi pertarungan
pilihanraya ke 13 nanti.
Penulis ucapkan syabas
kepada Mohamad
Hasan kerana telah berkerja keras membangunkan negeri tersebut sepanjang
penggal ke 12 dan sememangnya pembangunan dan kemudahan-kemudahan yang
diberikan oleh kerajaan negeri dan pusat di negeri itu telah banyak menggusarkan
pihak lawan yang bercita-cita besar menawan negeri itu khususnya Pas dan DAP.
Namun bagi penulis,
secara peribadi ada sedikit yang kurang enak cara Mohamad bercakap. Mohamad
tidak perlulah emosi ketika membuat sebarang ulasan atau komen. Janganlah terikut-ikut
dengan rentak pihak yang sebelah sana tu.
Rentak yang sebegitu
menampakkan ego dan sombong meskipun apa yang dicakapkan itu betul belaka. Apa
salahnya bercakap dalam nada yang lembut dan tenang. Tak payah emosi-emosi dan
tak perlulah ada unsur-unsur perli-memperli apalagi berkata dalam nada yang
'agak' tinggi!. Inilah yang dikatakan teknik pendekatan menerusi vokal iaitu
menggunakan intonasi yang lembut tetapi padat dan tegas denga wajah yang senyum
bersahaja. Janganlah pulak senyum meleret dibuat-buat saja nak tunjuk gigi yang
putih melepak, nanti geli pulak khalayak tengok, hehehe..
Dalam keadaan 'darurat
politik' saat-saat menghadapi pilihanraya ini, penampilan kita sama ada secara
personaliti mahupun gah bercakap, boleh menimbulkan orang merasa meluat
terutama mereka yang di atas pagar.
Bagi penyokong tegar
pembangkang memang susah nak dipancing, tapi janganlah pulak kita menjauhkan
lagi mereka yang duduk di atas pagar. Sebab, nilai-nilai kesombongan orang Umno
dan BN ini memang sudah menjadi bualan ramai malah itulah juga yang menyebabkan
pengundi membuat undi protes atau tepatnya mengkhianati parti sendiri. Bahasa
sekarang kata sabotaj parti.
Berlemah lembutlah dan
berhemahlah ketika berbicara dengan air muka yang menyenangkan. Kawallah emosi
meski kita dapat rasa bahawa kita telah memberikan segala-galanya kepada
rakyat.
Apabila rancangan itu di
keudarakan, ia menjadi tontonan seluruh rakyat jelata di seluruh negara. Dan,
secara tidak langsung emosi dan rentak kita itu juga turut memberi kesan kepada
pengundi-pengundi di negeri-negeri lain.
Kuncinya mudah sahaja,
orang yang sedang marahkan kita, hadapinya dengan tenang dan bukan dengan
emosi! Selanjutnya fikirlah sendiri...
Satu lagi, yang di Pahang
tu pun apa kurangnya!
Jagindas: Jangan marah haaa.. (dulu-dulu kalau pemimpin ditegur
macam ini gerenti kalah bertanding di Bahagian, silap-silap di cawangan pun
kena pulau!..)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.