Jumaat, 22 Mac 2013

ADIK NAJIB BUAT HAL, ORANG CINA MARAH

DATUK NAZIR RAZAK

Fikir Dulu Baru Cakap Yop!

KIRA-KIRA pukul enam petang tadi, penulis singgah sebentar di sebuah kedai di Kampar. Saja-saja berihat sekejap sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah setelah berjoging seketika di sebuah taman di pinggir bandar itu.
            Beberapa apek (orang cina tua lingkungan 60-an) sedang memperkatakan sesuatu terhadap laporan muka depan sebuah akhbar bahasa cina (edisi petang). Yang penulis faham adalah gambar dalam cerita itu adalah Datuk Nazir Abdul Razak. Kalau tidak silap penulis beliau adalah adik kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Abd Razak. Nazir juga adalah orang besar bank CIMB. Orang cina kata, CIMB tu macam Nazir yang punya! Biasalah...
             Tertarik dengan cara mereka membincangkan tulisan tersebut, penulis lantas bertanya kepada mereka apakah yang dikatakan Nazir itu. Lalu mereka menjawab lebih kurang alih bahasanya begini:
            "Dia cakap kalau Barisan Nasional (BN) tumbang, ekonomi akan jadi huru hara. Barang-barang akan jadi mahal, bank pun mungkin akan banyak yang tutup. Ini macam cakap tak baiklah kawan. Ini, serupa sudah ugut rakyat meski sokong BN...
          "Apa macam dia cakap ini macam. Mana boleh! Kalau kita orang biasa cakap macam ini, sudah tentu kena tangkap ma.. Lokap dalam duduk satu dua hari.."
            Penulis terdiam. Memang betul kata apek itu. Ternyata mereka amat keciwa dengan percakapan adik Najib itu. Kalau betul seperti apa yang apek itu terjemah kepada penulis, memanglah tidak patut Nazir bercakap begitu. Ini bukan membantu tetapi tolong merebahkan lagi. Penulis percaya, berita seperti itu mungkin keluar dalam paper cina sahaja. Dalam paper melayu mungkin lain sedikit nadanya.
            Seorang anak muda yang kebetulan ada bersama-sama kami turut mempersoalkan tindakan Nazir itu seolah-olah BN  begitu tersedak untuk menang sehingga terikut-ikut rentak pembangkang.
            "Memanglah pihak yang bertanding lebih-lebih lagi BN dahagakan kemenangan tetapi jangan sampai dilihat terlalu terdesak sehingga menimbulkan keresahan kepada rakyat.
            "Dia lebih baik tidak payah bercakap. Walaupun niatnya untuk menolong BN atau abangnya tetapi silap-silap memakan diri malah menjado modal besar pulak kepada puak DAP ", katanya.
            Betullah tu. Penulis bersetuju sensitiviti anak muda itu. Itu baru rasa hati apek tua di sebuah pekan kecil. Bagaimana pula 'geramnya' peniaga-peniaga lain di bandar-bandar. Bagaimana pula mereka memanipulasikan isu ini dari mulut ke mulut dari bandar ke pekan langsung terus ke kampung-kampung!
            Kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kader, nasihat penulis (kalu nak dengo ler) konfiden mesti ada, kekuda mesti kuat. Tapi tolong jangan cakap besar atau cakap sombong. Kita sekarang ni bukan nak lawan bola ye!

Jagindas: Dah tak tahu nak cakap macam mana dah...lantak engkome ler...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.