Selasa, 26 Mac 2013

TIDAK ADA SESIAPA BERHAK UNTUK ANGKUH DAN SELESA

Datuk Seri...Silakan.Tak baik tolak
jemputan orang

PRU13 Memungkin-
kan Sebarang Kemungkinan Di Mana Saja

ADA satu demam baru menjelang pilihanraya umum ke 13 (PRU13) ini iaiitu ramai pihak bernafsu bersar mencabar DS Anwar Ibrahim untuk bertanding di beberapa kawasan yang kononnya kubu kuat Umno/BN. Di Perak sahaja, Anwar telah dipelawa untuk bertanding di Kampung Gajah, Lumut, Ipoh Timur, Tambun dan mungkin akan banyak lagi pelawaan manis selepas ini yang barangkali akan merebak ke negeri lain.
            Barangkali jemputan itu dibuat bagi memberitahu Anwar bahawa beliau pasti kalah tertonggeng kerana kononnya rakyat Perak tidak memerlukan pemimpin sepertinya walaupun di kawasan-kawasan terbabit mempunyai ramai pengikut Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Sekali gus, ia juga barangkali sebagai strategi untuk membunuh masa depan kariar politik Anwar. Nanti, yang berjaya mengalahkan Anwar tentulah di anggap wira oleh Umno/BN. Pastinya Ahli Parlimen yang menang itu nanti kalau bertanding Naib Umno Malaysia boleh menang menendang keluar DS Hishamuddin Hussin Onn. Begitukah agaknya?
                Kepada Umno/BN, penulis harap hentikanlah segera perbuatan jemput menjemput, cabar mencabar seperti itu kerana di akhir kalam ianya tidak lain tidak bukan hanya menimbulkan wajah angkuh dan sombong diri sendiri.
            Dalam kitab, kita tidak digalakkan untuk mencabar sesipapun meskipun ternyata kita sudah mempunyai kekuatan. Kita disuruh supaya sentiasa bersedia, bertahan dan mempertahan diri dan negara jika berlaku sesuatu ancaman. Kita menang di seru melebarkan pengaruh tetapi cara yang terhormat dan lemah lembut kecuali apabila kita 'tergugat' dan 'diganggu-gugat'  
            Justeru, umat Islam disuruh setiap masa berdoa agar Allah menjauhkan umatnya daripada sebarang mala petaka, mara bahaya serta dihindari Allah daripada musuh. Jika berlawan atau bertanding, kita diminta supaya terus berdoa semoga Allah memberikan kemenangan di samping meneruskan segala usaha memperkukuhkan kekuatan. Dan alangkah besarnya nikmat yang iberikan Allah jika seseorang calon itu menang tanpa tanding! Allah Huakbar!
            Tindakan cabar-mencabar walau semurni mana sekalipun niatnya, ia tetap tidak relevan dengan Islam. Perbuatan itu sama bagaikan memanggil lawan masuk gelanggang dan menjemput musibah mencuba kita sedang Allah melarang kita berbuat demikian. Bukankah itu riak, takbur dan angkuh namanya?
            Sekuat mana sekalipun kita, Allah melarang umatnya menunjuk kuat dan bermegah-megah, sebaliknya Allah menggalakan kita mohon diberikan kekuatan dan kemenangan apabila kita terpaksa berlawan. Begitu sekalipun, belum tentu Allah makbulkan doa kita kerana apapun keputusannya nanti sama ada menang atau kalah ianya adalah ujian bagi-Nya.
            Justeru, hentikanlah kerja-kerja yang Allah tak suka itu sebaliknya teruskanlah menabur bakti dan janji dengan penuh ikhlas, jujur serta amanah kepada rakyat jelata. Mudah-mudahan Allah memberikan belas kasihannya...


Jagindas: Jika cabaran di sahut dan menang, ia akan memarakkan lagi angkuh dan riak (dan Allah ada pembalasannya). Jika cabaran di sahut dan kalah, akan bertambah hina dan malulah pihak yang mencabar. Sebab itu, Allah tidak suka perbuatan seperti itu. Dan bila kedaan itu berlaku, sebenarnya antara kita semakin terpisah....Wallah hu'allam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.