NAJIB dilihat hilang sabar apabila niat berbaik
dipermainkan puak penceroboh...
|
Demi Maruah Dan Martabat Negara Berdaulat
INSIDEN pencerobohan bersenjata di
Sabah di saat-saat negara sedang bersiap-siap menghadapi pilihan raya mengulit
pelbagai andaian di kalangan khlayak. Apa lagi ianya pula dikaitkan dengan ada
unsur-unsur campur tangan dari dalam negara sendiri.
Tuntutan
penceroboh Sulu terhadap Sabah menjadi semakin 'kartun' apabila sejarah dan
pengiktirafan antara bangsa jelas menunjukan tiada sebab mengapa pencerobohan
berlaku berlandaskan tuntutan tersebut. Sesungguhnya termaktub sudah bahawa
Sabah dan Sarawak berdaulat dalam Malaysia.
Terdapat banyak cakap-cakap politik dalam mentafsir
isu serangan pengganas itu apabila mengkaitkannya dengan PRU13 Malaysia. Tambah
hebat lagi apabila video di you-tube nyanyian
Anwar Ibrahim yang begitu sinis menyenda DS
Najib, Perdana Menteri Malaysia.
Kebijaksanaan
Najib 'merepair' masalah Malaysia
menakutkan pembangkang yang sama sekali tidak terjangkau mereka akan kemampuan
Najib itu. Sekali gus, pembangkang sudah melihat adalah mustahil untuk
mencengkam Putrajaya melainkan jika Sabah ini di usik yang bagi mereka pasti
membuat Najib dan rakyat melompat melatah. Mereka lupa bahawa pemimpin yang
bijaksana tidak semudah itu menurut nafsu!
Kalau
diambil kira laporan Reuters itu
benar (setakat ini laporan itu dianggap benar kerana Anwar tidak menyamannya
sebagaimana dia menyaman Utusan dan TV3), dengan memperkudakan waris kesultanan
Sulu dengan janji yang mengasyikan, ada kemungkinan pilihanraya di Sabah akan
digantung atau ditangguhkan sementara.
Makanya,
apapun keputusan pilihanraya nanti, kerajaan yang wujud barangkali adalah
umpama kerajaan sementara berikutan kerusi-kerusi dari Sabah masih belum
terisi.
Pada
percaturan pembangkang inilah peluang dan ruang yang luas untuk meracuni rakyat
Sabah bagi mengukuhkan kedudukan mereka di Parlimen. Namun, atas janji yang
dibuat, kalau keputusan memihak kepada pembangkang sekalipun, ia ibarat menang
sorak kampung tergadai.
Tetapi,
dari segi perundangan dan pengisyitahran antara bangsa, tidaklah semudah itu
kuasa otonomi diberikan kepada kesultanan Sulu. Ia adalah mimpi seseorang
muslim yang sedang dalam berhadas besar!
Bagi
mengukuhkan lagi mimpi itu menemui realitinya, tiba-tiba sahaja kes
pencerobohan itu menjadi perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Satu
suara menyeru kepada pendamaian telah dikeluarkan sebagai langkah pertama orang
luar cuba campur tangan tetapi berselindung di sebalik bendera PBB.
Padahal,
kes pencerobohan itu lebih bersifat salah faham biasa meskipun telah banyak
nyawa terkorban. Dan, cara Malaysia menyelesaikan masalah itu mematuhi
konvensyen Geneva 1949 seperti mana yang PBB amat faham kandungan dan
pratikalnya. Sedangkan jika berlaku insiden seperti di negara-negara besar pun
apakah pasti mereka jujur mematuhi konvensyen 1949 itu?
Barangkali
pembangkang amat mengharap campur tangan
PBB ini menjadi atau berlaku. Padahal, kalau terjadi barang diminta, pilihanraya
langsung tidak boleh dilaksnakan atau pilihanraya akan di kawal dan diurus oleh
PBB. Dan jika ini berlaku, rasanya khalayak sudah boleh menelah apa akan jadi! Tercalarlah maruah sebuah negara berdaulat
setelah lebih 55 tahun merdeka.
Justeru,
saranan beberapa pihak agar Najib membubarkan Parlimen dalam keadaan sekarang
adalah lebih baik sebelum PBB masuk campur pengurusan dalam negara kita.
Dengan
kata lain, menggantung pilihanraya di Sabah adalah lebih tepat keputusannya malah
kerajaan lebih mudah menepis ancaman pembangkang berbanding dengan kemasukan
campurtangan PBB.
Penulis
percaya, Najib dan barisan menterinya tentu lebih maklum dengan keadaan
sekarang dan sama sekali tidak redha orang luar mencampuri urusan dalam negara
khususnya pilihanraya umum yang diibaratkan
sebagai "antara hidup dan mati negara".
Jagindas: Kita amat malang mempunyai pembangkang yang
senipis kulit bawang tahap kasihnya kepada negara hanya kerana mahu pastikan
cita-cita peribadi tercapai biarpun menag sorak kampung tergadai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.