Kalau Tidak, Masa Kan OKU Tak Dapat Elaun
Khas!
SEORANG rakan cina penulis, Ah Poh, yang juga sebaya dengan penulis mempunyai seorang anak dari kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU) jenis pekak dan bisu. Usianya sudah mencapai 18 tahun. Dia rajin dan boleh dianggap berkerja dengan bapanya peniaga alatan eletrik dan basikal di sebuah pekan kecil di Malim Nawar.
Sebagai
OKU dia juga sudah didafrtakan bapanya dan memiliki kad khas OKU. Namun Ah Poh
sudah lebih tiga kali memohon bagi mendapatkan elaun khas anaknya itu seperti
yang telah diluluskan oleh kerajaan. Tidak berhasil.
"Wakil rakyat pun bila saya nak jumpa
buat-buat lari sebab dulu dia kata semuanya okay. Pegawai-pegawai MCA kata
mereka akan siasat. Dan, pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat pun kata akan
siasat. Tapi sampai sekarang sudah tiga kali saya mohon apa *an@#u pun tak ada.
"Saya
hairan juga, mahu siasat apa lagi? Anak saya sudah berdaftar sebagai OKU dan
ada kad ID OKU. Orang lain saya tengok tak ada masalah. Anak orang kaya pun
dapat, macam mana anak saya tak boleh dapat?," katanya dengan nada kesal..
Rupa-rupanya
masih ada yang tertinggal dan terpinggir. Macam mana ni? Sementera itu tinjauan
rambang penulis di kawasan parlimen Kampar mendapati jika Datuk Lee Chee Leong
masih jadi calon parlimen dalam PRU13 nanti beliau mungkin menang tetapi bukanlah
menang besar. Tak apalah, soalnya menang. Manakala tiga lagi Dewan Undangan
Negeri (Dun) pula masih flip flop! Kenapa tu?
Jagindas: Sedang
kumpul dokumen anaknya, tolong buatkan surat rayuannya hantar terus ke pusat.
Satu salinan kepada menteri berkenaan...errmmmm..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.