NIK AZIZ....Tahniah atas makbulnya doa tuan |
Kerana Berjaya Mendidik DAP Menerima Islam
PENULIS tumpang gembira atas
kejayaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz, mendidik kaum DAP sehingga parti
serpihan komunis itu bersedia untuk menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya
umum ke 13 ini laporannya
di sini
Penulis
juga kagum dengan Nik Aziz kerana dengan kepakarannya itu menyebabkan DAP
sangat mempercayai Melayu PAS. Bagi DAP,
nasib baik di Malaysia ini ada parti PAS yang dianggotai oleh orang berbangsa
Melayu dan beragama Islam. Kerana tanpa
mereka itu amatlah sukar untuk melemahkan kekuatan Melayu dan agama Islam.
DAP
tahu, agama Islam di Malaysia ini akan lebih mudah untuk caca-merbakan jika
bangsa Melayu dapat dilemahkan ikatannya. Menerusi UMNO cita-cita itu tidak
akan tercapai. Mereka sudah melihatnya lebih 57 tahun lalu. Hanya menerusi PAS
sahaja hasrat, hajat dan niat itu akan mudah terkabul. Apalagi apabila DAP
melihat PAS begitu luhur hatinya mendirikan solat hajat dan berdoa supaya Allah
(Tuhan) menghancurkan Umno yang dianggotai oleh majoritinya melayu dan
bumiputera Islam juga.
DAP
sudah melihat dengan jelas, mana-mana orang Melayu yang memasuki PAS, biar
sebijaksana mana sekali pun, melayu itu akan jadi dungu, buta dan lumpuh
pemikirannya. Tidak hairanlah ramai golongan profesional sama ada dalam sektor
kerajaan, swasta, persendirian mahupan dalam GLC berkeras-keras mempertahankan
PAS.
Kenapa?
Kerana apabila sahaja menganggotai PAS akan tertutuplah pintu hati dan akal
minda! Kecuali dengan kehendak Allah atau apabila Allah memberikan taufik-Nya
lalu mereka itu kemudiannya kembali kejalan pemikiran yang sebenar. Mereka ini,
kalaupun tidak menganggotai Umno, tetapi mereka sedar dengan jelas yang mana
satu kaca, yang mana intan, yang mana emas.
Ambillah
iktibar daripada beberapa tokoh profesional yang suatu masa dulu begitu amat
hati perutnya dengan PAS dan kemudiannya kini sudah meninggalkan parti berhantu
itu. Kita dapat bezakan betapa dangkal, bodoh dan bahalolnya mereka itu ketika
dalam PAS dan betapa pula jernihnya dan bersinarnya mereka itu sebagai manusia
yang berilmu setelah meninggalkan PAS kini. (tak payah sebutlah siapa-siapa, setiap
hari anda sendiri menonton dan membacanya...)
Justeru,
apalah sangat kalau DAP sekadar menggunakan lambang, bendera dan kalimah PAS
sekalipun, kerana diakhirnya lambang itulah juga yang akan memerangkap dan
'membunuh' melayu Islam itu. Itulah yang tersirat apabila Karpal Singh
berkata,"langkah mayat saya dulu (Karpal) jika PAS mahu mendirikan negara
Islam"
Keyakinan
DAP ini bertambah kental apabila melihat orang-orang PAS tegar malah ada
sesebahagiannya dari golongan atas pagar menolak mentah-mentah apa sahaja kudis,
kurap dan tokak yang didedahkan oleh media-media. "Semuanya adalah
permainan dan sandiwara Umno. Semuanya adalah rekaan dan tohmahan Umno dan
BN", demikian mereka bertekad.
DAP
sebenarnya tidak kisah dengan cina MCA dan Gerakan kerana mereka tahu dan yakin
"bangsa tetap bangsa" dan apabila bangsa melayu sudah lemah, apabila
agama Islam sudah lemah maka dengan sendirinya cina itu akan bersatu. Asalkan
bukan Islam, golongan kaum MIC juga akan terlentok sama. Barangkali, begitulah
yang tersirat...
Penaklukan
ekonomi sudah berjaya dan statusnya amat tip-top justeru, masanya sekarang menakluk minda!
Jagindas: Masih ramai Melayu yang dibuai mimpi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.