Isnin, 1 April 2013

MPKR DITUBUHKAN

Tan Sri MdHashim... Kacak dan lawa

Bagi Pastikan Negara Terpelihara Daulatnya

KONON katanya, Pakatan Rakyat (PR) telah mengumumkan menubuhkan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat (MPKR) baru-baru ini. Majlis itu berperanan untuk menasihati pemimpin PR tentang isu keselamatan dan pertahanan, serta memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan keselamatan negara laporannya di sini.
            Sehubungan itu bekas ketua turus angkatan tentera darat Malaysia, Tan Sri Jeneral (B) Md Hashim Hussein, telah ditabalkan sebagai pengerusinya. Konon katanya lagi, idea menubuhkan majlis itu juga adalah berikutan PR mendapati banyak kelemahan yang terdapat dalam sistem keselamatan negara hari ini dengan merujuk peristiwa pencerobohan bersenjata pengganas Kiram di Lahad Datu Sabah baru-baru ini yang pada penglihatan PR sebagai lemah dan gagal.
            Bagi penulis, penubuhan MPKR itu dilihat sebagai persediaan PR mengukuhkan kestabilan dalam negara apabila memenangi pilihanraya umum nanti. Barangkali, PR sudah berangan-angan bahawa jika pakatan itu berjaya menawan Putrajaya satu kekecohan dalam negara akan berlaku.
            Tidak mustahil juga ia satu gambaran Md Hashim akan dilantik sebagai senator sebelum diangkat sebagai menteri pertahanan atau keselamatan dalam negeri (mungkin juga kementerian itu dicantumkannya) pimpinan PR. Maka, ramailah yang akan dihumban 'ke dalam' nanti. Kepada yang berkenan, penulis ingin mengingatkan bahawa sediakanlah payung sebelum hujan!
            Penulis percaya, ISA akan dikembalikan ke tempat asalnya, cuma mungkin namanya sahaja yang akan diubah. Itu perkara biasa. Kita memang kaya dengan perbendaharaan kata, frasa dan tinta!
            Yang belum pasti adalah milik siapakah Putrajaya selepas PRU13 nanti. Tapi untuk setakat ini, itupun tidak penting dan tidak menjadi pusing. Apa yang sedang syik ditunggu-tunggu sekarang adalah bila PRU itu...


Jagindas: Tabik hormat kepada Tan Sri Jeneral (B) Md Hashim Hussein !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.