Sabtu, 13 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (20) - PERIHAL SEKS DAN VIDEO SEKS

Yakah Mustafa? Atau Isterinya kah Itu?
Datuk Mustafa, tabahkanlah hati menghadpi dugaan....

China Doll bersama Sheikh Anwar Ibrahim belum lenyap lagi, drama berat Sheikh Badrulamin dengan sang isteri orang masih meninggalkan persoalan meskipun pada dasarnya sudah selesai, kisah orang kaya Azmin Ali menjual Ais Kerim Malaysia pun masih ping pong ping pong. Dan, di celah-celah kemelut itu, timbul pula kononnya Setiausaha Agong Parti Pas, Datuk Mustafa Ali juga berkemampuan melakukan apa yang rakan-rakannya lakukan meskipun dalam seusia demikian.
            Apabila pihak media meminta kepastiannya, Pak Shiekh Tapa menafikan kandungan video itu adalah dia namun Tapa enggan pula memberikan komen panjang lebar mengenainya sebaliknya menyerahkan kes 'fitnah' itu kepada peguamnya. Berdasar kepada lumrah manusia, si pembunuhpun tidak akan mengaku membunuh melainkan dia kalah dalam pertarungan di mahkamah. Kalau dia menang pulak, dapat sahajalah dia membunuh dan yang terbunuh dianggap macam mati katak.
             Untuk sementara ini, penulis melihat isu tersebut dari dua sudut. Pertama, apakah 'pelakon' dalam video itu sebenar-benarnya Mustafa Ali yang jawatannya sekarang adalah Setiausaha Agung Pas Pusat. Atau seseorang yang benar-benar mirip wajah dan susuk tubuhnya sehingga mengalahkan pelanduk dua serupa. Atau kecanggihan teknlogi hari ini sehingga lahirnya wajah seumpama Mustafa? Tapi Tapa telah menafikannya. Daripada gaya laporan media, tidak pula ada tanda-tanda Tapa menafikan 'dengan sekeras-kerasnya'! Barangkali mungkin disebabkan yang keras sudah pun lembik makanya Tapa tidak mampu menafikannya dengan keras!..
            Kedua, apakah ada si dajjal yang sengaja menyibuk merakam hak privacy Musatafa Ali bersama isterinya yang sah? Sebagai orang politik yang sibuk ke utara ke selatan, ke timur ke barat tentulah tiada masa baginya untuk bersenang-senang ke atas dan ke bawah di rumah mewahnya sendiri.
            Namun sebagai lelaki dan suami yang bertanggung jawab terhadap soal-soal zahir dan batin, apa salahkah Tapa membawa isterinya ke bilik-bilik persendirian bagi memenuhi ruang privacy-nya? Tidaklah perlu dipersoal sama ada itu isteri mudanya atau apa-apa. Yang penting pasangannya itu bukan wanita simpanannya atau perempuan sundal yang dibayar dengan duit titik peluhnya.
            Jika inilah hakikatnya amat haramjadahlah mereka yang bersusah payah mengadun rakaman itu. Dan, nampaknya, bertambah murahlah rezeki Tapa apabila kesnya itu dibawa ke mahkamah nanti! Berbaloilah Tapa kalau kalah sekalipun dalam PRU13 nanti. Bagi yang terbabit dengan penerbitan video tersebut, penulis ingatkan bersedialah menghadapinya kerana ini bukan main ribu-ribu pastinya cecah ratusan juta ringgit Malaysia!      Fuuuuhhh!

Jagindas: Dahsyat betul depa nohhh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.