Rabu, 17 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (27) - NASIHAT BUAT PEMIMPIN PELAPIS

TINGGAL SEJARAH....Batu Bersurat

Belajarlah Daripada Sejarah Sebenar Bangsa Dan Agama

INSYAALLAH, hari ini barangkali selesailah pengumuman calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam PRU13 ini. Diharapkan semua pihak berpuas hati. Puas hati maksudnya tidak akan mengungkit-ngungkit, rajok-merajok, marah-marah, merampus sana merampus sini apabila nama tidak disenaraikan atau pun dikalihkan ke tempat lain.
            BN sudah matang, maka tunjukkanlah kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam arena politik akan kematangan dan sikap toleransi itu sama ada untuk paduan anak didik sendiri mahupun oleh pihak lawan.
            Jika Allah mengizinkan, maka 30 April ini berlangsungkan pegundian pusingan pertama manakala selebihnya pada dan 5 Mei. Seperti biasa PRU ini juga bakal meninggalkan kemenangan dan kekalahan. PRU kali ini juga bakal menyaksikan apakah akan berlaku pembaharuan semula 'lesen' pemerintahan bagi BN atau apakah lesen baru akan dikeluarkan kepada Pakatan Rakyat (PR) jika Putrajaya terpaksa bertukar tangan.
              Tidak kira apa pun yang berlaku, rakyat tidak seharusnya tertumpu kepada proses pilihanraya sahaja tetapi harus menelah dan menerjah jauh kehadapan iaitu apa pula selepas ini dalam tempoh lima tahun akan datang. Apa pula jika BN terus memerintah? Dan, apa pula jika bukan BN yang memerintah negara?
            Kita sedia maklum tiga teras utama bangsa di negara ini adalah terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Manakala kaum-kaum lain akan terus mengisi kebanggaan sebuah bangsa Malaysia yang merdeka.
            Setiap kali menjelang pilihanraya masing-masing menghujah kepentingan kaum masing-masing yang kononnya jika tidak ditunaikan tidaklah dapat menjanjikan sebuah kemenangan. Padahal jika ditunai sekalipun belum tentu kerajaan mendapat jaminan mutlak itu. Kerana, undi itu terletak di dua tempat pada diri seseorang pengundi iaitu satu di hatinya dan satu lagi di pemikirannya. Dan, antara kedua-dua tempat itu kita amat mengharap pilihan pemikirannya kerana fikiran yang mantap mampu melihat apa yang berlaku di belakang dan apa pula yang akan berlaku di hadapan nanti.
            Sebelum ini,negara mengambil masa yang begitu lama menggunakan kebijaksanaannya untuk menghapuskan pengaruh dan ancaman komunis. Semuanya dibuat laksana menarik rambut dalam tepung. Bermula dari tahun 1945 hinggalah ke tahun 1993 barulah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak diisytiharkan bebas sepenuhnya daripada ancaman komunis. Iaitu hampir 50 tahun lamanya.
            Dalam tempoh itu juga sehingga kini, Barisan Nasional (BN) dulunya Parti Perikatan, mampu mempertahankan sebuah kerajaan yang berwibawa selama lebih lima dekad lalu iaitu sejak 1955.
            Baru-baru ini pula negara dikejutkan dengan serangan penceroboh bersenjata oleh gerakan bala tentera Pengganas Kiram yang kononnya untuk mendapat dan membebaskan Sabah daripada cengkaman Malaysia. Malaysia dikatakan penjajah moden yang merampas hak kedaulatan Sabah padahal sejarah sudah jelas mengakui bahawa negeri itu memang menjadi hak mutlak Malaysia berdasarkan lunas dan landas sejarah terdahulu selari dengan undang-undang antara bangsa.
            Menyedari sudah ada tanda-tanda negara menghadapi risiko diserang dari dalam dan luar maka satu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) diwujudkan. Namun, kita percaya kawasan keselamatan khas itu tidak sahaja penting di Sabah bahkan juga perlu diperluaskan ke beberapa tempat berisiko lain di seluruh negara demi memastikan keselamatan negara tetap utuh daripada ancaman anasir yang tidak bertangung jawab. Akibat daripada pemikiran tidak sihat kalangan pengamal politik tempatan kini maka negara menjadi pertaruhannya.
            Orang-orang yang pernah memegang teraju utama negara sebelum ini yang sebelum bersara telah berikrar sumpah taat setia dan menjunjung rahsia negara juga sudah lupa kepada ikrarnya. Maka, sekali lagi keselamatan negara menjadi taruhannya. Apabila ini terjadi rakyatlah yang memikul beban sengsaranya. Kejadian di Sabah baru-baru adalah satu-satunya contoh betapa petualang dan pengkhianat kepada negara wajar menerima hukuman mati.
            Jika diperhatikan senario yang berlaku di beberapa negara lain, tindakan mengocakkan keharmonian negara tidak ada bernoktahnya. Apa lagi jika ada tangan ghaib sama ada dari dalam mahupun dari luar negara memberikan sokongan moral serta metarial.
            Inilah yang penulis maksudkan dalam beberapa tulisan sebelum ini bahawa selepas PRU13 siapapun yang memimpin negara ini tidak akan dapat duduk selesa atau tidur lena. Dengan kata lain, pemimpin selepas ini tidak ada masa untuk 'berbulan madu' atau mencipta satu nama 'pemimpin yang paling gembira sepanjang pemerintahannya' seperti yang dikecapi  YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj iaitu Perdana Menteri Malasia pertama yang juga diangkat sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia.
            Mereka yang sentiasa memandang serong terhadap apa sahaja kerajaan buat tetap akan membina pelbagai tohmahan dan permintaan yang bukan-bukan bagi mewujudkan suasana 'gusar' dan akhirnya akan kembali menyentuh hak orang melayu, dasar pendidikan, ekonomi dan keselamatan.
            Sehingga hari ini, pada pandangan penulis  lakonan yang mereka buat telah berjaya meraih simpati air mata kerajaan. Antaranya, dalam bidang pendidikan mereka berjaya mendapatkan hak sama rata peruntukan kerajaan tanpa mengkelaskan ia sekolah bantuan modal atau sekolah bantuan kerajaan. Sedangkan dalam dasar pendidikan negara yang dipersetujui ketika mengangkat kemerdekaan negara, kerajaan hanya bertanggung jawab 30% sahaja pembiayaan penyelenggaraan sekolah-sekolah bantuan modal (bukan soalan kerajaan) selain membekalkan tenaga pengajar dan lain-lain staf sokongan.
            Kita telah cuba mewujudkan sekolah wawasan dengan harapan semua pihak menerimanya sebagai sekolah versi Malaysia baru. Bukan sahajapihak lawan seperti DAP, rakan-rakan dalam BN sendiri pun tidak begitu serius menyokongnya. Akhirnya, konsep sekolah wawasan kini menjadi satu sejarah dalam arkib pendidikan negara.
            Manakala dalam bidang ekonomi pula,penulis tidak berhasrat untuk mengulasnya kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa kedudukan ekonomi orang melayu masih ditahap menyedihkan. Bahkan, apa sahaja dasar yang yang dibina untuk kepentingan ekonomi melayu, namun kaum lain juga turut mendapat nikmatnya. Malah kadang kala mereka memperoleh lebih lumayan daripada bumiputera. Namun, itupun tidak betul juga. Kerajaan terus diasak dengan pelbagai tekanan agar dasar ekonomi baru dimansuhkan.
            Dalam bidang keselamatan pula drama berat yang mereka persembahkan menerusi pelbagai siri desak mendesak dan siri-siri perhimpunan (demonstrasi) "Bersih" mampu menolak ISA ke bawah tapak kaki manakala akta baru menggantikan ISA dikenali sebagi SOSMA memberi ruang kepada mereka untuk lebih bebas menekan kerajaan. Ini kerana di bawah akta itu pihak berkuasa tidak boleh bertindak 'menyimpan' seseorang yang difikirkan boleh memberi mudarat kepada keselamatan negara sebelum ia diperbahaskan di mahkamah.
            Barangkali DS Najib menyedari hakikat itu dan tidak mahu nasib orang melayu terus menjadi kotak katik di negara sendiri maka satu jalan kesamarataan diambil dengan memperkenal prinsip "Satu Malaysia - Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"
            Prinsip ini juga telah dipermainkan pada peringkat awalnya kerana dalam frasa bertulisnya tidak sebut berlunaskan perlembagaan Malaysia. Maka menjerit-jeritlah kaum-kaum di seluruh negara kononnya tiada lagi hak ketuanan, tiada lagi dasar ekonomi baru, tiada lagi hak-hak melayu melainkan semuanyasama di bawah satu slogan 1Malaysia. Semua agensi pentadbiran dan badan pengurusan kerajaan dijelmakan semlula menerusi proses transformasi bagi memperlihatkan lebih cekap, telus dan berdaya maju. Menerusi kaedah terbaru itu adalah diharapkan oleh Najib ia dapat menyentuh iklim Satu Malaysia dan merealisaikan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
            Apa lagi sebelum ini? Masih ingatkan ucapan Nurul Izzah suatu ketika dulu menggesa supaya kerajaan menghapuskan unit cawangan khas (sb) dalam Jabatan Polis Negara? Apa maknanya itu?  
            Berdiri atas prinsip toleransi dan saling hormat sesama rakyat, tidakkah suatu masa nanti semua tempat rawat dan rehat (R&R) di lebuhraya kita akan ada sudut kuil dan tokong bagi menyamaratakan kedudukan musola yang ada sekarang. Demikian juga, apakah mustahil hal yang sama turut dituntut dibenarkan di sekolah-sekolah dan bangunan-bangunan pejabat kerajaan dan swasta.
            Itu adalah sekadar contoh. Jika suatu ketika atas sebab sesuatu isu yang difikirkan amat perlu ketika itu demi menjaga martabat raja-raja melayu makanya kerajaan (Tun Mahathir ketika itu) terpaksa menurunkan sedikit nilai kekebalan raja-raja. Juseru, tidakkah akan ada pihak yang menunutut beberapa kekebalan raja-raja lagi dimansuhkan?
            Tentu ada yang melenting bila penulis berkata begitu. Tentu ada yang kata penulis tidak berpengetahuan jauh dalam sehingga contoh sebegitu. Namun, sukalah penulis bertanya kembali ketika Tun Mahathir mahu melonggarkan sedikit kekebalan raja ketika itu, apakah ia terjangkau dalam jangkauan pemikiran dan firasat kita masa itu?  Masih ingatkah, sebelum asrat itu diterima khalayak, orang-orang melayu hampir-hampir sahaja berpecah dua ketika negara mendepaninya. Sekali lagi, kebijaksanaan telah menyuraikan kekusutan itu. Tetapi sebenarnya penguraian itu berlaku dengan sempurna kerana isu itu datangnya daripada orang melayu (pemimpin melayu) sendiri. Bagaimana jika isu itu datangnya dari rakyat yang bukan melayu terutama yang telah lama memasang dendam untuk menghapuskan sistem beraja di negara ini?
            Alangkan kuasa di tangan melayu pun kedudukan majoriti kaum itu masih belum dapat dibanggakan, inikan pula kalau melayu itu diperintah! Yang kita asyik ucapakan adalah supaya semua pihak hendaklah sentiasa berusaha menjaga perpaduan dan kestabilan keharmonian negara. Akan berlakukah kestabilan itu jika kedudukan dan kehidupan melayu porak peranda, lemah minda, lemah ekonomi dan lemah institusi politiknya. Sukar untuk ditelah..
            Justeru, orang melayu sebenarnya memang tiada pilihan lain selain mesti bersatu tenaga dan hati di dalam satu bahtera iaitu Umno. Dan, bagi terus mengekalkan kekuatan itu kita juga tiada pilihan lain selain daripada memberi kekukuhan kepada Barisan Nasional. Oleh itu, kepada pemimpin-pemimpin era pra-2020 dan seterusnya tuan-tuan perlu memiliki pengetahuan yang luas terhadap susur galur bangsa, agama, budaya dan ekonom orang-rang melayu di Malaysia dengan sama sekali tidak meminggirkan Sabah dan Sarawak serta kepentingan bersama rakan kompenan yang lain.
            Perkemaskan diri masing-masing sebelum melangkah ke  DEwan Undangan Negeri Dan Dewan Parliman dan Dewan Rakyat.
            Selamat mengundi!
           


Jagindas: Bertolak ansur itu antara sikap yang dipuji, tapi janganlah asyik satu pihak saja yang kena tolak dan satu pihak lagi terus mengansur kedepan. Ujung-ujungnya nanti apa yang tinggal?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.