Isnin, 22 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (40) - JAGA KESIHATAN WALAU SESIBUK MANA SEKALI PUN

Jaga Jantung, Lutut Dan Kekuda

KEMPEN, kempen juga tapi kesihatan kena jaga yop. Maklum, sepanjang dua minggu ini makan minum maklum sajalah. Bukan sahaja mewah melimpah ruah tetapi barangkali badan juga tidak mendapat rihat yang secukupnya. Itu belum termasuk hari-hari sebelum ini.
            Barangkali hal-hal yang dirumah pun banyak kali yang 'termis' . Sabarlah, bukan selalu begini. Inilah pengorbanan namanya. Sang suami sibuk berkempen, siisteri korbankanlah 'kehendak' untuk tempoh singkat ini. Bagi sang isteri yang tak lepas-lepas memegang mic, si suami pula sabar-sabarlah.
             Tengok TV pujuk-pujuklah hati yang sepi. Bukan lama. Untuk masa depan anak cucu kita juga. Pun, kalau kedua-duanya sama naik duduk di pentas, bila balik ke rumah nanti pakat-pakatlah mandi bersama...


Yang bujang pulak apa kurangnya. Tentu mak bapak risau anak bujang tak tentu hinggap di rumah. Apalagi yang gadis-gadis, jaga tertib, jaga diri ya.. Bagi yang tunggal-tunggal, jangan sampai gelap mata pulak. Maklum banyak pancarobanya...
            Apapun , walau macammana sibuk sekalipun, jaga kesihatan anda.  Pelihara kesihatan JANTUNG terutama saat-saat keputusan diumumkan. Jaga kekuatan LUTUT, walaupun Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby, kata lemah lutut tidak mengganggu yang itu. Tapi, Dr Ismail Thamby ada cadangkan supaya amalkan makan NUPREP100. Macam-macam boleh cover, katanya. Seorang rakan yang sudah mengamalkannya berkata kapsul nu-prep memang berkesan terutama kekemasan 'kekuda'. Kaaataaanya....... Walluhu'allam.
            Ini bukan iklan, sekadar ingat mengingat.. Selamat berkempen!



Jagindas: Doktor kata gris dah mula nak kering...padahal tak aktif manapun, cuma 8x seminggu jer..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.