TS Muhammad Muhd Taib
...kini masuk pas
|
Beginikah Budi Seorang Melayu?
PADA masa akan datang tidak boleh
hendak disalah atau dimarahkan golongan generasi baru dengan mengatakan mereka sebagai
rakyat yang tak mengenang budi atau tidak tahu kenal dek untung!
Kerana,
golongan tua dan veteran juga nampanya semakin ghairah lupa diri, lupa budi.
Pepatah orang tua-tua yang berkata sebagai; orang
tua jadilah teladan manakala yang muda dengarlah nasihat, sudah tidak boleh
diguna pakai lagi kerana nampaknya golongan yang tua pun sudah tidak boleh
dijadikan contoh teladan.
Bukan
itu saja, yang berilmu pun sudah tidak boleh dipercayai ilmunya. Baka kata, cerdik tak dapat diikut bodoh tak
dapat diajar. Diletak dihadapan, dia meninggalkan makmum, disuruh mengikut
belakang dia memijak tumit imam. Fuhhh....Yang alim-alim pun sukar untuk
dikenal pasti yang mana ori yang mana
sipi-sipi..!
Memang,
tidaklah semuanya begitu tetapi kecenderungan untuk berkelakuan begitu
nampaknya semakin membiak. Ketika berada dalam kerajaan suatu ketika dahulu bukan main
lagi gahnya...Bahkan sehingga sekarang pun sudah senang lenang bukan setakat peribadi
malah bini, anak, menantu dan barangkali cucu pun sudah kaya raya. Dengan izin Allah,
menerusi kerajaan BN inilah semua nikmat itu diperolehinya. Namun hanya dengan
sebab sezarah cuma habis hilang lenyapkah semua budi yang dulu-dulu, lalu yang ternampak
sekarang apakah buruk belaka!
Bukan
hendak mengungkit. Apa yang penulis dapat kalau mengenang-ngenang susah senang
orang pun. Sekadar mengingatkan sesama orang melayu bahawa melayu sebenar tidak
begitu. Sebab, antara sifat melayu itu adalah mengenang budi; orang berbudi
kita berbahasa; hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati..Dan
janganlah sampai "habis manis sepah dibuang..."
Dan,
kepada yang berkenaan, ingatlah sehalus-halusnya aturan Allah... Apa yang hendak dikejar lagi? Kalau pun sudah letih membantu atau benci sekali pun bukankah lebih baik berdiam diri sahaja? Kalau pun kita tidak boleh menjernihkan, namun janganlah pula menambahkan keruhnya. Itu kerja bebudak! Benarlah kata rintihan Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dulu; MELAYU MUDAH LUPA!
Jagindas: Selepas
ini bekas Menteri Besar mana atau bekas-bekas menteri mana pulak yang akan kata
Barisan Nasional (BN) macam setan? Sebab ada penulis dengar-dengar sorang dua lagi akan mengikut jejak Mike Tyson!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.