Konon DAP Sayangkan Melayu, Islam
BUKA sahaja peti surat pagi ini,
penulis dapat dua bahan cetak. Satu nipis dan satu lagi agak tebal juga. Kedua-duanya
adalah propaganda DAP. Seronok juga membaca bahan propaganda tersebut. Bagi
yang membaca sepintas lalu, memang nampak macam bagus-bagus.Akan tinggallah BN
dan ayuh kita "Ubah".
Namun,
jika diamati baris ke baris, frasa ke frasa, banyak yang tidak kenanya. Semakin
jelaslah pulak wayang 'cina'nya. Konon katanya, singkatan perkataan 'DAP' itu
bermaksud Demi Asas Persaudaraan. Huh,
cantiknya bahasa! Katanya lagi;
1. Dia kata DAP tidak anti Melayu dan tidak anti
Islam - Jadi, yang nak hapus hak istimewa orang melayu, yang nak hapus DEB,
yang dok persoal kedudukan kalimah Allah, itu siapa ha?
2.
Dia kata DAP tidak akan tubuhkan negara Kristian Malaysia - Habis, apa maksud bila
DAP mendakwa parti itu tidak akan menggunakan mana-mana agama dalam
dasar politiknya? Bebas sebebas-bebasnyakah? Tidakkah itu bermaksud agama Islam
bukan keutamaan di negara ini kalau DAP memerintah sebaliknya lebih liberal,
bebas dan cacamarba? Barangkali bagi DAP, tanpa agama lagi baik untuk Malaysia!
Atau nanti, di mana-mana saja tempat awam
yang sepatutnya hanya ada surau,
akan nanti ada bermacam-macam tokong kecil yang mewakili semua agama. Dan mungkin
ia akan ditempatkan bersebelahan dengan surau dengan alasan tida cukup ruang?
3.
DAP kata dia mengangkat sepenuhnya perlembagaan negara - Ya kah? Yang asyik
pertikai beberapa artikel dalam perlembagaan yang menyentuh tentang raja-raja
melayu, kedudukan orang melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara, dasar pendidikan nasional, dasar peperiksaan awam, hak-hak istimewa
orang melayu itu, siapa? Umnokah? BN kah?
4.
DAP nafi yang partinya bersifat kaum cina sahaja - Jadi, apa yang berlaku dalam
mesyuarat CEC baru-baru ini, bukankah jelas mempertidakkan kedudakan orang
melayu dalam parti itu? Ya, DAP terima semua kaum tetapi kaum melayu hanya ditempatkan
sebagai balaci dan kuda tunggang saja! Bukankah? Bukankah?
Jagindas: Melayuku,
belajar-belajarlah menyesal dahulu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.