Allahyarham P RAMLEE |
Akibat Masih Gagal Kawal Nafsu..
MEMANGLAH dalam saat-saat begini tidak
elok membukakan pekong di dada. Kalau boleh dikemut, kemutkan lagi. Biar
segalanya nampak tenang dan ceria. Namun, mulut orang manakan dapat
menghalangnya. Apatah lagi bagi mereka yang tercepuk kena kat muka dan batang
hidung sendiri. Radio Malaya pun berbunyilah.
Musim
pilihanraya seperti ini hal-hal yang berkaitan dengan duit memanglah sensitif.
Sekupang pun jadi sebutan. Apa lagi kalau latut
latut, libu libu..Ini bukan perkara baru. Dah Lama dah...(pinjam kata Tun
Mahathir).
Janganlah
sebab sekupang dua pulan calon-calon nak menengkin herdik anak buah. Disebabkan
yang sebanyak itu pulak nak masam-masam muka. Buruknya rupa! Macamlah selama
ini tak pernah genggam seratus dua ratus ribu ringit. Entah-entah lebih dari
itu pun ada. Siapa tahu?
Dah
rezeki anak buah, bagi sajalah. Bukan mereka tak kerja, mereka buat kerja parti
siang malam. Penat yop! Kalau memang tak cukup, cakaplah elok-elok: " Saya ada banyak ni saja dulu.
Bila-bila nanti, kalau dapat lagi, saya akan bagi lagi. Buat seketika ini,
saudara-saudara semua tolong bantu saya rapatkan saf, raih
undi...bla..bla...bla..." Cakap
elok-elok. Cakap lembut-lembut.
Senyum,
jangan tak senyum. Tangan jangan kedekut tepuk bahu depa-depa tu...Bukankah ini
masanya mempamerkan senyuman, melembutkan lidah? Dahlah sebelum inipun nak
jumpa pun payah. Sibuk memanjang... Apa ingat anak buah tu tak perasan ke?
Kena
jaga lidah, air muka dan tingkah laku yop. Kena banyak sabar. Ujian datang
macam-macam. Kadang-kadang yang datang tu hanya menyakat saja. Tetapi, kalau
hati mereka sakit, lain pulaklah jadinya...Dalam gurau menjadi seriuslah pulak.
Biasalah
anak buah kita. Mereka suka banding membanding. Kalau calon yang itu bagi
RM X, kita pulak bagi RM Y dimana X lebih besar dari Y, tentulah mereka akan lagakan. Yang inilah kita
kena pandai. Dah berpenggal-penggal jadi calon takkanlah tak cerdik-cerdik
lagi... Sekarang apa macam? Bebudak tu dah kecil hati le pulak.... Itulah,
tengking lagi tak tentu pasal. Marah lagi ikutkan hati... Naya kau!
Lagipun
yang mereka bandingkan tu bukanya dengan parti lawan. Sesama BN. Faham-faham
sajalah...Hal-hal pilihanraya belum selesai lagi, belum tentu kalah menang,
belum tentu kuat lemahnya, usahlah pulak masa ini nak cerita-cerita bab-bab
mesyuarat Bahagian...Alamak, gelojohnya!
Satu
persatulah beb! Beri keutamaan kepada PRU13. Beri keutamaan kepada BN. Tuan-tuan
tu, apalah sangat. Ingatlah, kalibat tuan-tuan adalah juga kalibat BN.
Dalam
satu nyanyian P. Ramlee seniman itu ada menyebut: mulut manis santan kelapa... (dengar pada minit ke 3.18 -3.30 di sini). Ada ketikanya
akal P Ramlee ni kena guna juga. Nak hidup yop!
Jagindas: Maaflah,
kena cakap juga....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.