Rabu, 1 Mei 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (52) : LUPAKANLAH SEBENTAR KISAH CHE JOHAN

Undilah Tok Him Asalkan Tidak Pas
Orang Pasir Mas, pilihlah yang di kanan sekali, hehehehe...

INSIDEN tidak jadi menghantar borang pencalonan yang dilakukan oleh Che Johan Che Pa (Calon P022-Pasir Mas, Kelantan) masih menjadi bahan bualan kalangan orang-orang BN khususnya Umno. Orang macam biasalah dok riuh sana sini kata Umno kecut, Umno takut, Umno tak dak teloq dan macam-macamlah...Agaknya, kalau kita di tempat itupun sikit-sikit akan sebut macam itu juga...
            Pengurusan tertinggi khabarnya sudah mula membuat siasatan awal bagi mengenalpasti apakah tindakan seadil-adilnya dikenakan ke atas Che Johan. Tun Mahathir kata beliau sanggup membela Che Johan kerana beranggapan sama dengan Johan iaitu daripada kemenangan berpihak kepada Pas (Nik Abduh) adalah lebih baik memberi kemenangan total kepada Ibrahim Ali atau lebih dikenali sebagai Tok Him (Bebas). Ini kerana Tok Him secara jelas dan terang menyokongBN.
             Dengan kata lain, Che Johan lebih maklum kekuatannya berbanding dengan Tok Him. Ini bukan soal tok guru ke, anak murid ke, anak buah ke. Bukan juga soal prinsip. Lainlah kalau Tok Him menarik diri. Pasir Mas mempamerkan sedikit pelik kerana Tok Him (Bebas)  tu dilihat masih macam Umno.
             Bermakna dalam soal mendapat sokongan kepada BN, salah seorang kenalah berundur. Ditakdirkan, Che Johanlah yang berundur. Maka, dari segi prinsip parti, Che Johan pada dasarnya bersalahan namun masih ada ruang untuk dipertimbangkan...kerana Johan tidak membunuh dengan niat!
            Sebelum ini pun, Tun Mahathir secara senda pernah mengalu-alukan kiranya DS Najib menamakan Tok Him sebagai calon BN memandangkan kekuatan Tok Him di kawasan itu setakat hari ini. Tok Him pun nampak sedikit teruja bila Tun M bersuara begitu. Namun, realitinya hakikat dan takdir tidaklah begitu.
            Justeru, untuk seketika ini, semua pihak perlulah melupakan sebentar kisah tragis calon Umno itu di PRU13 ini diketika rasa dan semangat BN sedang meluap-luap untuk menawan Kelantan. Khususnya orang-orang Kelantan sendiri.
            Tiada gunanya membincangkan hal-hal sedemikian kerana ia boleh sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakan-rakan kita yang lain yang sedang sengit bertarung. Adalah lebih baik kita pakat-pakat diam dan terus memberikan sokongan padu kepada BN di seluruh negara kecuali bagi kes di Pasir Mas ini undi hendaklah disalurkan terus kepada Tok Him.
            Parti tidak boleh menyifatkan pengundi sebagai mengkhianati parti kerana Umno atau BN tidak bertanding di situ. Barangkali, dalam sejarah PRU di Malaysia, buat pertama kalinya satu kawasam parlimen tidak ditandingi oleh BN secara sengaja.  
            Siapapun, termasuk Tun Mahthir ke, Tok Nan ke, Najib ke, Tok Pa ke.. siapa sajalah, tidak wajar membincangkan kisah tragis Che Johan itu. Kita tumpu kepada PRU13 khusus kepada calon-calon BN yang bertanding. Kalau begitu, apakah yang orang Umno/BN di Pasir Mas perlu buat? Bolehkah secara trang-terang mereka berkempen dan menyokong kepada Tok Him (Bebas) hanya dengan alasan BN tidak bertanding di situ?
            Pada penulis, perbuatan itu tidak molek dilakukan oleh orang Umno/BN di Pasir Mas mahupun yang datang membantu dari luar Pasir Mas. Biarlah Tok Him dan orang-orangnya yang bergerak ke hulu ke hilir (kulu-kelio) tanpa ada satu pun lambang, bendera atau poster BN di situ. Maksudnya poster yang bermaksud kerusi Parlimen. Bagi BN negeri (DUN) itu kenalah kerja macam biasa weehhh...
            Sebab.., barang siapa orang Umno yang menyokong bukan partinya secara terang-terang, maka pihak pengurusan parti boleh memecat keahlian mereka secara serta merta. Sudah pun berlaku ke atas beberapa rakan kita yang ghairah juga nak bertanding atas tiket Bebas.
            Tapi, logiknya kalau semua orang Umno di situ memberikan sokongan secara terbuka takkanlah semuanya nak dipecat kut! Nak mampus! Itu yang orang tua-tua kata, sebelum membuat sesuatu keputusan, hendaklah menimbangnya ibarat membakar ikan. Dibalik-balik, diimbang baranya agar tidak kehangusan..
            Degil!

Jagindas:  Baru sampai ke rumah setelah seharian penlis berada di Kawasan Jeli dan Rantau Panjang, Kelantan......Meriahnya kempen poster di sana. Huh, penatnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.