Khalid tahu apa nak buat... |
Tolong Jangan Jadikan Mereka Seperti Anjing Menyalak Bukit!
MANUSIA
yang memahami erti hakikat hidup dan ketentuan Allah, pastinya pasrah dengan
apa sahaja yang telah dikurniakanNya. Dalam pada itu, mereka akan sentiasa memperbaiki
diri sekiranya apa-apa yang diterima itu tidak menepati hasrat hati atau 'goal'
yang telah ditetapkan.
Namun, bagi mereka yang sebaliknya,
yang meletakkan diri sentiasa berada dilandasaran yang betul, yang selalu
perasan macam bagus-bagus, tentulah tidak dapat menerima hakikat itu.
Akibatnya, pelbagai protes dibuat demi untuk menegakkan benang yang basah, demi
untuk menutup pelbagai luka, darah dan nanah.
Akan tindakan tidak bertamadun itu,
maka lahirlah ramai penentang-penentang yang bersopan santun dan mematuhi
undang-undang negara. Kumpulan ini akan berkejar ke balai polis lalu menyatakan
laporan agar pihak terbabit mengambil tindakan tegas terhadap pengkhianat dan
pembiadapan negara itu.
Bukan satu bukan dua, malah sudah
beratus bahkan mungkin juga sudah beribu laporan seumpama itu dicetak oleh balai
polis seluruh negara sejak pra PRU13 hinggalah sekarang. Namun, si pembiadap
dan pengkhianat negara tetap bermaharaja lela...
Sehubungan itu, penulis ingin
mengingatkan kepada semua pengadu sama ada yang telah membuat aduan mahupun
yang bercadang untuk mengadu agar memahami sedalam-dalamnya maksud dan pelbagai
prosedur berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-Langkah Khas 2012) yang dikenali
juga sebagai SOSMA.
Fahamilah sehalus-halusnya apa-apa
yang terkandung dalam akta SOSMA itu. Kuasa-kuasa polis, kuasa-kuasa rakyat,
kuasa-kuasa peguam, mahkamah dan sebagainya. Janganlah terlalu ghairah untuk
membuat laporan apalagi siap berserta anggota media tanpa memahami
sebenar-benarnya apa yang hendak kita laporkan itu.
Ini kerana, setelah beratus-ratus
laporan seperti itu dibuat, saya tidaklah mahu sipengadu "laksana anjing
menyalak bukit!". Takkahlah nak tunggu hingga laporan ke dua juta kut!
Penulis fikir, polis tahu apa yang
yang mereka perlu buat. Sebagai contoh, jika polis ada di tempat kejadian di
mana rompakan sedang berlaku, apakah perlu orang awam membuat laporan kepada
polis yang juga melihat kejadian itu?
Tabik hormat kepada Ketua Polis
Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Jagindas: Janganlah jadi
seperti anjing menyalak bukit!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.