Chua Soi Lek |
Hormati Keputusan Mereka..
SUDAH
SAMPAI MASANYA rakyat wajar menghormati pendirian parti MCA dan parti Gerakan
yang bertegas tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kabinet DS Najib bagi
penggal ke 13 ini atas alasan konon kedua-dua parti bertangung jawab terhadap
kegagalan mereka meraih sokongan kaum cina serta kecewa dengan sikap pengundi
kaum itu dalam PRU13 baru-baru ini.
Meski, banyak pihak yang
mempertikaikan keputusan itu malah ada juga yang turut merayu agar kedua-duanya
menimbang kembali keputusan tersebut demi kesinambungan perjuangan BN dan
komuniti cina di negara ini.
Koh Tsu Koon |
Pun begitu, tidaklah 'selesa' jika
tempat-tempat mereka itu diisi oleh wakil rakyat daripada Umno atau MIC atau
lain-lain parti (melayu/bumiputera) dari kompenan BN yang terdapat di Sarawak
dan Sabah.
Namun, atas rasa bebal, tangung
jawab dan malu terhadap parti sendiri sehingga membuat keputusan demikian ,maka
kaum cina di Malaysia tidak boleh berkecil hati atau memanipulasi isu bentuk
kabinet penggal ke 13 ini nanti tanpa diwakili oleh komuniti cina di dalamnya.
Sesetengah pihak pula mahu supaya
Najib melantik orang cina yang tidak berkepentingan politik tetapi membantu BN
mengisi kekosongan tersebut bagi mendapatkan keseimbangan polarisasi wakil
penduduk dan semangat BN di dalam kabinet.
Soalnya, mengapa perlu di ganti
dengan melantik orang lain? Biarpun ada kelonggaran di bahagian itu, namun
kekosongan tersebut bukan kerana tidak ada wakil rakyat cina yang menang tetapi
kerana mereka menolaknya konon atas rasa kebertangungjawaban kekalahan dalan
PRU13.
Bagaimanapun, kalau kita perlukan 10
orang wakil rakyat cina menjadi menteri dan timbalan menteri tetapi yang menang
cuma 5 orang, maka adalah wajar dan manis jika kerajaan melantik 5 lagi
daripada golongan yang dicadangkan itu.
Sama ada tindakan MCA dan Gerakan
itu adalah 'wayang' atau pun tidak, jujur mahupun sebaliknya, itu sudah tidak
penting lagi. Kerajaan BN yang terbentuk wajar bertegas atas dasar dan prinsip
terlebih dahulu melainkan jika ianya benar-benar bersifat 'tidak cukup'.
Kita boleh merayu atau memujuk,
tetapi jangan sampai ianya menjadi perangkap sehingga mencemar kedudukan orang
Melayu di negara ini. Jika benar tidakan itu jujur dan menyesali, maka biarkan
mereka berada di luar buat sementara waktu, bermuhasabah diri dan parti
seterusnya kita lihat apa yang mereka akan buat demi untuk mengembalikan
kedudukan MCA dan Gerakan di persada politik komuniti orang cina di Malaysia.
Belajarlah daripada pengalaman yang
lalu..Mengapa perlu takut sekiranya semua orang cina termasuk Sabah dan Sarawak
menganggotai DAP? Apa gunanya menentukan
kuasa tidak hilang jika nanti kuasa yang adapun tidak dapat dilaksanakan 100%. Malah
ada sahaja pihak yang mempermainkan prinsip dan dasar kita, sedangkan kita
terus tunduk, merayu dan merayu dan merayu! Muliakah begitu??
Barangkali, akan ada yang berkata,
kalau begitu akan hancurlah bumi bertuah ini menjadi milik orang lain dan akan
luluhkan orang Melayu dan Islam di negara ini. Percayalah, tiada akan berlaku hal
yang sebegitu jika Melayu bersatu. Jika orang Islam bersatu.Tetapi jika ianya berlaku
juga itu adalah disebabkan perpecahan dan kebongkakan Melayu sesama sendiri,
maka terimalah dengan redho kerana itu adalah perbuatan dan permintaan Melayu
sendiri.
Kepada DS Najib, pandangan saya
selaku seorang rakyat marhaen, pertama kecilkan bilangan potfolio
kementerian/menteri supaya ia nampak lebih jelas dan berfokus manakala kedua
jangan pedulikan masalah ketiadaan wakil orang cina daripada MCA dan Gerakan
untuk menganggotai kabinet melainkan menerima wakil rakyat cina daripada parti
komuniti cina di Sabah dan Sarawak yang bukan atas nama MCA dan Gerakan. Dan,
jika wakil rakyat kaum cina di Sarawak dan Sabah juga 'malu-malu' menerima
tawaran itu, maka lupakan seluruhnya dan lantiklah orang Melayu /Bumiputera.
Kerana, kita perlu bergerak pantas kehadapan!
Dan, isu ini sepatutnya sudah tamat.
Kabinet sewajarnya sudah terbentuk. Kerja sudahpun berjalan. Kerajaan
sepatutnya jerit kepada akhbar-akbar dan media-media supaya tidak lagi memainkan
isu ini.
Jagindas: Keraskan semangat,
perlu berani dan tegas! Kita bercakap tentang prinsip dan dasar, tetapi jangan
sampai prinsip dan dasar metertawakan kita!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.