A Kadir Jasin |
Bagi Memeriah Dan Mengharmonikan Semula Malaysia Raya
Bekas
ketua pengarang Kumpulan Akhbar The New Straits Time (M), Datuk A Kadir Jasin, turut memberikan pandangannya terhadap
kabinet Malaysia penggal ke 13, khusus buat Datuk Seri Najib untuk
dipertimbangkan. Saya melihat pandangan dan cadangannya itu bernasdan sangat
baik untuk dijadikan panduan kepada PM. Berikut, penulis salin dan tampal
tulisan beliau itu yang saya petik dari blog beliau:
FRIDAY, MAY 10, 2013
Kabinet: Satu Lagi Nasihat Yang Tidak Diminta
A
Kadir Jasin
KITA pun tidaklah
terlalu tidak cerdik untuk mengetahui bahawa melantik anggota Kabinet adalah
hak dan budi bicara Perdana Menteri.
Orang
macam kita tidak ada hak dan bukan “prerogative” kita melantik anggota Kabinet.
Tetapi, sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai, kita ada hak dan
“prerogative” kita memberi pandangan, menegur dan mengkritik Perdana Menteri.
Atas
dasar dan semangat itulah, saya akan memberi nasihat yang tidak diminta dan,
boleh jadi juga, sangat-sangat tidak disenangi oleh Perdana Menteri, Mohd Najib
Abdul Razak, yang kita semua tahu mempunyai banyak penasihat, perunding dan
pegawai khas, termasuk lima yang kalah PRU 5 Mei lalu.
Pembaca
dan pembahas pun bebas bersetuju dan tidak bersetuju dengan saya, dan bebas
juga membuat cadangan.
Berikut
adalah pemikiran dua sen saya mengenai Kabinet yang bakal Perdana Menteri
tubuhkan.
1.
Ia hendaklah jangan terlalu besar. Kita tidak perlu sampai 30 orang Menteri.
Yang kita mahu bukan kuantiti tetapi kualiti. Maksimum mungkin 25 sahaja.
2.
Mohd Najib perlu jadi Perdana Menteri sahaja. Seperti sudah berbuih mulut saya
katakan, Perdana Menteri tidak boleh jadi Menteri Kewangan atau Menteri lain
kerana beliau adalah “adjucator of last resort”. Lagipun tugas Perdana Menteri
sudah cukup berat.
3.
Wajib beri keutamaan kepada calon yang menang pilihan raya, tetapi mereka
perlulah bersih dan dilihat bersih oleh rakyat jelata.
4.
Hanya calon tewas yang luar biasa kebolehannya dan besar jasanya kepada negara
sahaja boleh dipertimbangkan. Dalam konteks ini, saya setuju dengan Lim Kit
Siang supaya Abdul Ghani Othman, bekas Menteri Besar Johor yang beliau kalahkan
di Gelang Patah, diberikan jawatan Kerajaan Pusat.
5.
Tambah bilangan Menteri dan Timbalan Menteri di kalangan YB muda dan wanita.
Saya ulangi cadangan agar YB Khairi Jamaluddin diberikan jawatan menteri penuh
dan diberikan portfolio Luar Negeri. Dia Ketua Pemuda Umno, pintar dan petah
berhujah dalam bahasa Inggeris. Kalau YB Mukhriz Mahathir yang kalah
pertandingan Pemuda diberikan jawatan Timbalan Menteri dan kini Menteri Besar
Kedah, adalah tidak adil meminggirkan Khairi.
6.
Wanita Umno wajib diberikan semula jawatan Menteri yang hilang apabila ketua mereka,
Shahrizat Abdul Jalil, terpaksa berundur akibat kontroversi yang membabitkan
suami beliau. Dalam PRU kali ini, Pergerakan Wanita tawar hati dan nyata tidak
100% komited kepada parti kerana kurang pengiktirafan kepada mereka dalam
pelantikan calon. Lagipun, perwakilan wanita dalam dewan perundangan di negara
kita adalah antara yang terhambar di dunia.
7.
Hidupkan semula Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (sekarang Kementerian
Dalam Negeri) kerana keselamatan negara nyata sangat membimbangkan dengan
jenayah semakin berleluasa dan lantik seorang penjawat yang benar-benar
berwibawa, tegas dan berwawasan. Tolonglah.
8.
Hidupkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang pada masa hayatnya
(sebelum ditamatkan oleh Mohd Najib) sangat berguna kepada usahawan kecil dan
sederhana, khasnya Bumiputera yang kurang modal, kepakaran dan pasaran. Berani
mengaku silap adalah tanda orang berhemah. Ular menyusur akar tidak hilang
bisanya.
9.
Kementerian Sumber Manusia perlu dinaikkan taraf dan diberikan kepada seorang
Menteri yang kreatif dan boleh berunding secara berkesan dengan negara-negara
jiran yang membekalkan pekerja kepada kita. Masalah kita dengan Indonesia dalam
hal pekerja adalah kerana kita menghantar Menteri “junior” berunding dengan
mereka. Menteri Melayu/Bumiputera lebih sesuai untuk kementerian ini.
10.
Tamatkan amalan mengekhaskan Kementerian tertentu kepada kaum atau parti
tertentu. Jangan kosongkan Kementerian atau buat pemangkuan semata-mata kerana
parti dan kaum tertentu tidak diwakili.
11.
Berikan keutamaan yang lebih besar kepada Sarawak dan Sabah melalui pelantikan
Kabinet (dan jawatan-jawatan pusat yang lain) kerana menyelamatkan BN daripada
kekalahan dengan mengakui bahawa kedudukan kaum dan agama di dua buah negeri
itu adalah unik.
12.
Dan boleh lantik perwakilan Cina dan India dari kalangan bukan politik,
misalnya perniagaan, profesional dan akademik, tetapi mereka bukanlah wakil
orang Cina dan India sebaliknya berkhidmat atas kapasiti individu.
Itulah
yang terlintas dalam fikiran saya buat masa ini. Wallahualam.
Jagindas: Saya setuju!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.