Haramkan Mereka Memasuki Singapura Untuk Tempoh 50 Tahun
Mingguan Malaysia 12/5/2013 |
BARANGKALI,
menyangka PAP ada hubungan baik dengan DAP, maka tanpa segan silu rakyat
Malaysia keturunan cina yang berada di Singapura mengadakan majlis demonstrasi
sebagai tanda sokongan bantahan terhadap perjalanan PRU13 baru-baru ini seperti
yang sedang dilakukan oleh Anwar, Guan Eng dan Kit Siang sekarang dalam program
road show mereka ke seluruh negara.
Namun, tanpa sebarang alasan dan
amaran, Singapura terus menangkap mereka di mana seramai 21 orang daripada akan
didakwa di mahkamah negara itu kerana berbuat sesuatu yang melanggar
undang-undang negara tersebut. Penulis respek habis Singapura dalam bab ini
kerana melaksanakan tindakan tanpa tangguh-tangguh..., tanpa tapi-tapi...
Berlainan pula di sini, pihak
berkuasa hanya menyatakan dan memaklumkan kepada khalayak sebagai:
1.
Tiada permit dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut...
2.
Tiada permohonan diterima untuk tujuan perhimpunan berkenaan....
3. Penganjur boleh didakwa di bawah akta......
Hakikatnya, perhimpunan demi
perhimpunan, ejekan demi ejekan, kurang ajar demi kurang ajar terus dilakukan
oleh manusia (kalau masih releven di pangil manusia) yang sama.
Akhirnya penulis menghampiri percaya
bahawa azimat dan tangkal yang dipakai oleh puak-puak berkenaan memang mustajab
dan kebal sungguh. Agak-agaknya, bomoh mana yang mereka guna?
Jagindas: Semoga Singapura
mengharamkan mereka terbabit memasuki negara itu sekurang-kurangnya dalam
tempoh 50 tahun kalau tidak pun larangan seumur hidup!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.