Khamis, 9 Mei 2013

CABARAN KERAS BUAT SISTEM PENDIDIKAN NASIONAL


Antara Menghormati Hak dan Menegakkan HAK!

ENTRI sebelum ini, disini, penulis ada memaparkan catatan seorang penulis tanah air, Saudara Mokhtar Petah, ketika pertemuan tidak rasminya dengan Ketua Polis Perak ketika itu, Khoo Chong Kong, yang mati ditembak sehari selepas pertemuan mereka itu:
 
Antara pendapat-pendapat  Khoo Chong Kong yang masih aku (Mokhtar Petah) ingat, ialah:
          + Mengenai perpaduan rakyat; selagi orang-orang bukan Melayu tidak ikhlas   menerima bahasa Melayu sebahagian bahasa mereka dan mereka masih ada sentimen mahu menegakakan bahasa mereka, maka selama itulah perpaduan tidak akan tercapai dengan  sempurna.
+  Agama Islam mestilah diterima sebgai agama negara, dan hukum-hukumnya dipraktikkan sebagai undang-undang dan perkemaskan perlembagaan mengenai agama Islam. Pemahaman mengenai Islam agama rasmi negara hendaklah diberi fahaman  kepada  semua rakyat bukan Islam, supaya perpaduan antara rakyat yang sedia ada akan bertambah kukuh. 
                Tidak ada cara yang lebih baik yang berkesan untuk membanteras fahaman komunis, melainkan dengan Islam dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat luar bandar dan pinggir bandar.
              +   Kerajaan Pusat dan semua Kerajaan Negeri akan tidak selamat, mungkin akan muflis kalau dibiarkan amalan rasuah berleluasa di kalangan para pegawai, kakitangan kerajaan dan mereka yang  berkecimpung dalam arena politik.
              +  Untuk meninggikan moral semua rakyat, kerajaan mestilah mengawal atau menghalang kemasukan segala macam unsur menolak ketuhanan dan kebudayaan kuning menerusi filem, televisyen dan media cetak.


Jagindas:  Tentunya orang cina kata,  - jangan percaya ini hanyalah rekaan Mokhtar Petah...Anda bagaimana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.