Terima Kasih Cikgu
PAGI
tadi, talian ada sedikit masalah. Lembam, slow nak mampus. Makanya, cadangan
untuk kemaskini blog pagi tadi terpaksa dibatalkan. Namun rasanya masih tidak
terlambat untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru di
Malaysia termasuk yang sudah bersara. Kepada guru-guru yang beragama Isalm dan
telah meninggal dunia, penulis hadiahkan Al-Fatihah buat mereka.
Sama ada yang masih hidup mahu pun
yang telah meninggal dunia, semoga kalian semua dirahmati Allah. Terus-teruslah
menyumbang bakti kepada anak didik terutama anak bangsa.
Penulis tiada apa yang hendak
dikongsikan tetapi rakan penulis ada berkata iaitu semoga semua guru
mengelakkan diri daripada kencing berdiri! hehehe...
Jagindas: Teringat kata-kata
Prof. Atan Long - lupa adalah satu daripada nikmat yang diberikan Allah kepada
manusia...Agak pelik bunyinya, tentu dalam maksudnya tu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.